Enggan Kongsi Bayar Bil Makan, Lelaki Buat Laporan Polis Terhadap Teman Wanita

enggan kongsi bil makan

Enggan Kongsi Bayar Bil Makan, Lelaki Buat Laporan Polis Terhadap Teman Wanita

Seorang lelaki membuat laporan polis selepas teman wanitanya enggan berkongsi untuk membayar bil ketika temu janji pertama mereka di sebuah restoran di Rusia, lapor Oddity Central.

Susulan laporan yang dibuat, polis Rusia kini sedang mencari seorang gadis muda yang dilaporkan lari dari sebuah restoran tanpa membuat pembayaran bil itu.

Lelaki berusia 28 tahun dari Moscow itu menyatakan kekecewaannya dan berharap agar ia dapat diselesaikan dengan laporan polis.

Wanita itu didakwa tidak mahu berkongsi membayar bil makan malam di sebuah restoran yang berjumlah USD165 (RM780).

Menurut lelaki itu, dia telah berkenalan dengan wanita tersebut dalam talian beberapa minggu sebelum memutuskan untuk bertemu.

Temu janji berjalan dengan lancar sehingga pelayan restoran muncul dengan bil makan malam

Mereka telah memilih restoran di Mira Avenue di Moscow dan temu janji itu berjalan lancar.

Namun, kejadian yang tidak diingini berlaku selepas pelayan restoran tiba dengan bil makan malam tersebut.

Pada awalnya, lelaki itu mencadangkan agar mereka membahagikan kos keseluruhan bil itu sama rata.

Bagaimanapun, wanita itu telah menolaknya dan mendakwa bahawa lelaki itu telah memesan kebanyakan makanan dan minuman di situ.

Jadi wanita terbabit berpendapat bahawa lelaki tersebut yang harus membayar bil restoran.

Selepas bertengkar mengenainya selama beberapa minit, wanita itu kemudiannya dilaporkan berjalan keluar dari restoran itu.

Dia meninggalkan lelaki tersebut bersendirian dengan bil yang masih tidak dibayar.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Akibat tidak berpuas hati, lelaki itu seterusnya pergi ke balai polis dan memfailkan aduan terhadap teman wanitanya itu.

Walau bagaimanapun, kesudahan ‘kisah romantis’ itu masih belum diketahui.

Apa yang pasti, temu janji itu tidak berakhir dengan baik dan lelaki itu bukan sahaja terpaksa menanggung segala bil tetapi telah kehilangan teman wanitanya.

BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil 

Sumber: Oddity Central

The post Enggan Kongsi Bayar Bil Makan, Lelaki Buat Laporan Polis Terhadap Teman Wanita appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*