Fahami ‘Panda Diplomacy’ Oleh China, Rupanya Ia Dipinjam

Fahami ‘Panda Diplomacy’ Oleh China, Rupanya Ia Dipinjam

Panda merupakan salah satu haiwan comel yang turut menjadi kegemaran ramai. Mana tidaknya, telatah haiwan itu cukup mencuit hati.

Kadang-kadang, tengok panda makan pun orang boleh terhibur. Ini kan pula kalau panda itu terjatuh atau tergolek. Mesti mengekek anda ketawa, kan?

Tapi, pernah tak anda nampak berita atau video yang mengatakan panda akan dipulangkan ke negara China? Kenapa pula ya?

Haa, kalau nak tahu, terdapat sebuah diplomasi yang dipanggil, Panda Diplomacy atau Diplomasi Panda.

Diplomasi Panda

Panda merupakan salah satu perkara yang menjadi lambang untuk negara China dan ia merupakan sumber kepada soft power.

Diplomasi Panda merujuk kepada amalan kerajaan China untuk menghadiahkan atau meminjamkan panda kepada negara-negara lain sebagai sebuah tanda persahabatan.

Ia juga untuk menunjukkan kebaikan mereka, selain untuk menguatkan hubungan diplomatik bersama negara-negara lain.

Kerajaan China telah mula mengamalkan perkara ini sejak zaman Dinasti Tang pada 618 hingga 907 M, tetapi menjadi semakin menonjol pada abad ke-20 dan abad ke-21.

Kini, kira-kira lebih 1,900 ekor panda di hutan liar dan dianggarkan 600 ekor panda berada di dalam zoo dan di pusat pembiakan.

Sekiranya spesies beruang ini tidak diberikan sebagai hadiah, peminjam harus membayar pajakan kira-kira 1 juta dolar (RM4,717,500.00) setahun, di samping kos pembinaan kemudahan panda. Ini dikatakan untuk menampung kos usaha pemuliharaan panda di China.

Pada zaman sekarang ini, China telah menawarkan panda sebagai hadiah diplomatik kepada beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Perancis, Jerman dan banyak lagi.

Bagaimanapun sejak beberapa dekad yang lalu, kerajaan China telah menukarkan amalan ‘menghadiahkan panda’ kepada ‘meminjamkan panda’.

Pinjaman panda itu biasanya mempunyai beberapa terma dan syaratnya yang sendiri. Terma ini termasuklah bayaran untuk pinjaman, peruntukan untuk penjagaan panda dan perjanjian untuk memulangkan anak-anak panda yang dilahirkan kembali ke China.

Selain itu, Diplomasi Panda juga boleh menjadi cara China untuk mempromosikan imej negaranya ke luar, menunjukkan komitmennya terhadap pemuliharaan hidupan liar dan membina hubungan yang lebih kukuh dengan negara yang menerima panda dari mereka.

Kebiasaannya, kedatangan panda ke sesebuah negara meraih perhatian orang ramai yang ketara dan boleh membawa kepada peningkatan pertukaran pelancongan dan budaya antara negara terbabit.

Sumber: Diplo

BACA JUGA: Wanita Beli Udara Bandung & Jakarta, Siap Buat ‘Review

The post Fahami ‘Panda Diplomacy’ Oleh China, Rupanya Ia Dipinjam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*