Faisal Halim Gondol Anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023

Faisal halim gol piala asia

Faisal Halim Gondol Anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi menobatkan pemain sayap sensasi negara, Faisal Halim sebagai pemenang dalam kategori Anugerah Gol Terbaik Piala Asia Qatar 2023.

AFC menerusi satu hantaran di platform rasmi X mendedahkan pemain itu dipilih sebagai pemenang bagi kategori berkenaan menerusi undian peminat.

Dalam undian itu, menyaksikan pemain Selangor FC terbabit meraih undian sebanyak 85 peratus undian, mengungguli tempat pertama daripada tujuh pemain yang turut disenaraikan sebagai calon pemenang gol terbaik kejohanan.

Faisal mengetepikan bintang Jordan dan Montpellier, Mousa Al-Tamari  yang menduduki tangga kedua dengan sembilan peratus undian diikuti oleh Kapten Korea Selatan dan Tottenham Hotspur dengan tiga peratus.

BACA: Jaringan Faisal Halim Tercalon Bagi Gol Terbaik Piala Asia 2023

Sementara pemain dari Republik Iran Sardar Azmoun dan Thailand, Supacok Sarachat meraih undian satu peratus.

Manakala Keito Nakamura (Jepun), Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) dan Hassan Al Haydos (Qatar) masing-masing hanya mendapat undian kurang dari satu peratus.

Faisal halim gol piala asia
Gambar: AFC

Sebelum ini, SK menerusi laporan Stadium Astro memaklumkan gol Faisal Halim telah mendapat undian tertinggi bagi Gol Terbaik Kejohanan Piala Asia AFC 2023 selepas tarikh undian ditutup pada malam semalam.

Difahamkan, sesi undian bagi Gol Terbaik Kejohanan telah ditutup pada pukul 10.00 malam, 25 Februari 2024.

Faisal halim gol piala asia
Gambar: Bernama

Pemain posisi penyerang itu telah mencipta sejarah apabila jaringannya dicalonkan sebagai gol terbaik dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Jaringan menarik ini dilakukan ketika perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan pada peringkat Kumpulan E pada 25 Januari lalu.

Ketika itu, pemain yang mesra dipanggil sebagai Mickey telah memberi kejutan dan tamparan hebat terhadap kuasa besar bola sepak di Asia.

Penyerang Selangor ini bertindak licik, memperdayakan pertahanan kental Korea Selatan, Kim Min Jae, sebelum melepaskan sepakan lencong dari sudut sukar ke gawang lawan.

Gol keramat ini telah berjaya mengikat Korea Selatan 1-1 beberapa minit sebelum separuh masa pertama tamat bahkan kejutan itu menyebabkan Taeguk Warriors tidak ‘senang duduk’.

Untuk makluman, gol Faisal Halim ini merupakan antara lapan gol terbaik yang dicalonkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada 21 Februari lalu.

Lapan gol ini dipilih daripada 132 jaringan gol yang terhasil daripada 51 perlawanan sepanjang kejohanan itu berlangsung dari 10 Januari hingga 10 Februari lalu.

Sumber: AFC

The post Faisal Halim Gondol Anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*