Frontiercity @ AINSDALE Lancar Kerjasama Di Antara Awam-Swasta Untuk Infrastruktur Pengecasan EV Pertama Di Seremban

WB Land, pemaju terkemuka di bawah Kumpulan WB, sekali lagi menetapkan aliran terkini dengan komited untuk menyediakan kemudahan pengecasan EV kawasan awam yang pertama di Seremban melalui projek pembangunan Frontiercity @ AINSDALE dalam satu majlis yang disaksikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Masri bin Haji Razali hari ini.

Sempena majlis pelancaran Frontiercity @ AINSDALE Fasa 2, Pengarah Urusan Kumpulan WB, Kevin Woon telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama dengan ChargeSINI, sebuah syarikat yang menawarkan kaedah penyelesaian bagi pengecasan kenderaan elektrik. Pelancaran ini menyusuli kejayaan Fasa 1 yang menyaksikan semua unit telah terjual sepenuhnya.

“Kerjasama yang inovasi ini bukan sahaja menandakan infrastruktur awam EV yang pertama di Seremban tetapi juga mengesahkan komitmen WB Land dalam menyumbang kepada masa depan yang lebih bersih dan hijau,” kata Woon. Beliau berkata, Frontiercity @ AINSDALE adalah hab yang mudah untuk perniagaan dan gaya hidup terkini yang lebih selesa. Ianya adalah perhentian pertama selepas Plaza Tol Bandar Ainsdale, lokasi utama ini akan memberi impak kepada perniagaan keterlihatan menonjol dan pendedahan yang tinggi.

“Kami berharap ianya dapat diteruskan bagi mengubah pembangunan transformasi bandar dengan Frontiercity @ AINSDALE. Kami melakukan ini dengan menerajui aliran baharu, iaitu elektrifikasi kenderaan. Segalanya terpulang kepada kami sebagai pereka ruang untuk terus mengorak langkah besar ke hadapan, memperkayakan kehidupan orang yang akan menghidupkan hab komersil ini,” jelasnya.

“Kami menghargai inisiatif yang diambil oleh WB Land dan kami berharap ini akan mendorong lebih banyak syarikat sektor swasta untuk menonjol dan menjadikan ibu negeri sebagai bandar pintar dan rendah karbon menjelang 2027.” kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada WB Land kerana mencadangkan konsep Kerjasama Awam Swasta ini. Ini bukan sahaja mempercepatkan penubuhan stesen pengecasan kenderaan elektrik tetapi juga mengurangkan potensi gangguan kepada rakyat dan perniagaan pada masa hadapan.”, Ketua Pegawai Eksekutif ChargeSINI, James Goh berkata, “Ketika Malaysia memulakan perjalanan mobiliti kelestariannya, kami mengiktiraf cabaran kawal selia yang berkembang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), khususnya dalam pelesenan, infrastruktur dan kemudahan tempat letak kereta.

Inisiatif WB Land adalah penting pada ketika ini, memberikan sokongan untuk mengharungi cabaran ini dan mempromosikan infrastruktur pengecasan EV di negeri ini.” Tambahnya, kerjasama ini menandakan era baharu inovasi kolaborasi antara industri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Bersempena dengan pelancaran Frontiercity @ AINSDALE Fasa , kerjasama eksklusif ini turut terjalin dengan Mercedes Benz untuk mempamerkan model kereta elektrik mereka, EQC dan EQS.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pelancaran Fasa 2 Frontiercity @ AINSDALE, sila layari laman web rasmi WB Land https://www.wbland.my

The post Frontiercity @ AINSDALE Lancar Kerjasama Di Antara Awam-Swasta Untuk Infrastruktur Pengecasan EV Pertama Di Seremban appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*