Gempa Bumi Kuat Landa Filipina

gempa bumi kuat Filipina

Gempa Bumi Kuat Landa Filipina

MANILA, 16 Feb (Be rnama) — Gempa bumi berukuran 6 pada skala Richter melanda Filipina pada pagi Khamis, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, lapor Xinhua.

Menurut institut itu gempa berlaku pada 2.10 pagi waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 11 km barat daya bandar Batuan di wilayah Masbate di pulau Luzon.

Gempa bumi turut dirasai di beberapa kawasan di Luzon dan tengah Filipina termasuk Bandar Legazpi di wilayah Albay, Sorsogon, Samar Utara, Negros Occidental dan Leyte Selatan, menurut institut itu.

Tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa.

Filipina kerap mengalami aktiviti seismik kerana lokasinya terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik.

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Gempa Bumi Gegar Jayapura, Empat Maut

Minggu lalu, media melaporkan satu gempa bumi bermagnitud 5.4 melanda Jayapura di Indonesia.

Sekurang-kurangnya empat terkorban manakala sebuah kedai makan roboh dalam gempa bumi itu.

“Ada sebuah kedai makan roboh dan empat maut. Mangsa berada di dalam kedai makan semasa kejadian berlaku.

“Bangunan itu serta-merta jatuh ke dalam laut (kafe berkedudukan di pinggir laut),” maklum satu kenyataan.

Difahamkan, gempa bumi dirasakan kuat selama dua hingga tiga saat sahaja menyebabkan orang ramai panik dan berlari keluar dari rumah mereka.

Bukan hanya itu, gegaran tersebut juga dikatakan telah mengakibatkan beberapa bangunan seperti rumah, kemudahan awam seperti Masjid Nurul Amin Doc V dan hospital runtuh sehingga beberapa pesakit di Hospital Kota Jayapura terpaksa dipindahkan.

Menurut Detik.com data mengenai jumlah  mangsa dan kerosakan masih dikumpul selain khemah kecemasan juga telah didirikan di kawasan tersebut.

“Kami dalam pasukan Pasukan Reaksi Pantas (TRC) akan memantau lokasi.

“Kami di sini (lokasi kejadian) telah membina khemah kecemasan, selebihnya pasukan Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan (BPBD) Wilayah Jayapura akan turut membantu menguruskan mangsa di khemah tersebut,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Majlis Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) berkata, “Gempa bumi ini merupakan jenis gempa bumi cetek dalam kedalaman 10km yang berlaku pada 13.28 WIB disyaki berpunca daripada aktiviti sesar aktif.

“Hasil analisis mekanisme sumber menunjukkan gempa bumi itu mempunyai pergerakan gelongsor,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Gempa Bumi: Turkiye Berganjak 3 Meter Dari Kedudukan Asal – Pakar

The post Gempa Bumi Kuat Landa Filipina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*