Genius Matematik, Adi Putra Selamat Disatukan Dengan Siti Sarah

Genius Matematik, Adi Putra Selamat Disatukan Dengan Siti Sarah

Adi Putra, yang pernah menjadi sensasi negara kerana kepintaran matematiknya selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, semalam.

Berita gembira tersebut dimaklumkan oleh bapanya, Abdul Ghani menerusi beberapa hantaran di laman Facebook.

Menurut hantaran di Facebooknya, Adi Putra diijabkabulkan dengan Siti Sarah Binti Zulkarnain dalam satu majlis yang berlangsung di Lundang, Kota Bharu.

Dalam hantaran yang lain, Abdul Ghani memaklumkan majlis berkenaan berjalan lancar dan mereka disatukan dengan sekali lafaz akad nikah sahaja.

“Sahlah Adi Putra sebagai Raja Sehari. Berkat doa dari tuan, puan, sahabat serta muridnya dengan lafaz nikah sekali sahaja.

“Kenduri kahwin berjalan lancar. Alhamdulillah cuaca pun baik di Kota Bharu hari ini,” katanya.

Difahamkan, Siti Sarah menerima wang hantaran daripada Adi Putra sebanyak RM 9,999.99.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya mendoakan kebahagian dan rumah tangga pasangan tersebut berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah semoga berbahagia hingga ke Jannah. Tahniah, selamat pengantin baru Adi Putra dan Siti Sarah,” kata Nurazizah Mukhtar.

“Tahniah Adi. Tahniah juga untuk semua keluarga. Semoga kekal hingga ke syurga,” kata Jebat Jebat pula.

“Alhamdulillah. Tahniah, selamat pengantin baru. Semoga hidup bahagia hingga ke akhir hayat, amin,” kata Jasni Ismail.

Warga maya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Abdul Ghani dan isteri di atas kehadiran menantu baru tersebut.

 

Sumber: Abdul Ghani

The post Genius Matematik, Adi Putra Selamat Disatukan Dengan Siti Sarah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*