GSC Berjaya Times Square Tutup Operasi Hujung Bulan Ini

GSC Berjaya Times Square Tutup Operasi Hujung Bulan Ini

Syarikat pawagam Golden Screen Cinema (GSC) mengumumkan pihaknya akan menamatkan operasi cawangan mereka di Berjaya Times Square pada 27 November ini.

GSC dalam satu kenyataan memaklumkan, tayangan terakhir yang akan disiarkan ialah pada 26 November, sehari sebelum ia ditutup sepenuhnya di dalam kompleks beli-belah itu.

“Ia adalah satu perjalanan yang luar biasa sejak kami mula-mula menerima kehadiran anda pada 27 Januari 2005 lalu.

“Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih ke atas sokongan tidak berbelah bahagi anda semua kepada kami sejak 17 tahun lalu.

“Senyuman, gelak tawa dan tepukan anda semua akan sentiasa mekar di hati kami,” maklum kenyataan itu semalam.

Gambar: GSCinemas via X

Walau bagaimanapun, GSC memaklumkan bahawa operasi pawagam berkenaan berpindah ke cawangan berdekatan iaitu Lalaport BBCC dan diteruskan kembali di sana.

“Terima kasih sekali lagi kerana menjadikan kami sebahagian dalam perjalanan ‘film-loving’ anda. Jumpa anda nanti di GSC Lalaport BBCC!,” tambah kenyataan itu.

GSC Alamanda tutup operasi 14 Ogos

Sebelum ini juga, GSC cawangan pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya turut mengambil keputusan yang sama pada 14 Ogos lalu.

Memetik kembali kenyataan ketika itu, tayangan terakhir yang diadakan adalah pada 13 Ogos sebelum operasi dihentikan sepenuhnya pada 14 Ogos keesokannya.

“Selama 15 tahun kami membuka cawangan kami di sini, yang bermula pada 5 April 2008. Kami berbesar hati untuk berkongsi detik-detik sinematik yang tidak dapat dilupakan dengan anda,” maklum GSC ketika itu.

Dalam pada itu, GSC juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada penggemar filem yang telah memberikan sokongan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi selama ini.

“Senyuman, gelak tawa dan tepukan anda akan sentiasa bergema di hati kami,” tambah kenyataan itu yang berterima kasih terhadap sokongan pelanggan.

Ekoran penutupan cawangan tersebut, GSC menjemput semua peminat filem untuk menyertai tayangan filem yang menarik di cawangan terdekat mereka.

Sumber: GSC

BACA JUGA: US Pizza Akan Tukar Nama?

The post GSC Berjaya Times Square Tutup Operasi Hujung Bulan Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*