Guna Kuali “Non Stick”, Ini Cara Mudah Buat Apam Balik Sendiri Kat Rumah

cara buat apam balik

Guna Kuali “Non Stick”, Ini Cara Mudah Buat Apam Balik Sendiri Kat Rumah

Masuk sahaja pasar malam, pasar pagi dan bazar, tentunya ramai yang akan menemui sejenis makanan yang dikenali sebagai Apam Balik.

Makanan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan kanak-kanak disebabkan rasanya yang manis dan mudah diterima oleh sesiapa sahaja. Apam balik lazimnya mempunyai dua jenis iaitu, apam balik rapuh dan apam balik gebu.

Apam balik rapuh lebih nipis dan tidak menggunakan tepung terlalu banyak manakala apam balik gebu pula lebih tebal, lembut dan lagi besar disebabkan menggunakan lebih banyak tepung.

Lazimnya, ramai yang lebih memilih apam balik gebu kerana, ia dapat mengenyangkan perut dengan lebih cepat.

Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongikan satu resipi oleh Marliza Ghazali iaitu resipi pembuatan apam balik gebu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat.

Resipi Apam Balik Gebu

Apam balik homemade..permintaan anak-anak kali kedua..Alhamdulillah dari tak pandai buat dah boleh buat sendiri.

apam balik homemade
Gambar: Marliza Ghazali

Resipi Apam Balik Nipis Rangup 

Gambar: Marliza Ghazali

Bahan-bahan 

1. ½ cawan gula pasir
1 biji telur
1 ½ cawan air
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Pewarna kuning

apam balik homemade
Gambar: Marliza Ghazali

Bahan Tabur

Gula Pasir 
Jagung Krim
Kacang tanah (ditumbuk kasar)
Marjerin

apam balik homemade
Gambar: Marliza Ghazali

BACA JUGA: Bukan Ayam Atau Daging, Ini Resipi Unik Sate Daun Ubi

Cara Penyediaan: 

Pertama, blend gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan blend lagi

Kedua, masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, blend hingga sebati

Ketiga, panaskan kuali ‘non stick’ atau sapukan planta sedikit pada acuan apam balik.

Keempat, tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.

Kelima, biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim kacang dan marjerin biarkan sekejap.

Keenam, apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.

Sumber: Facebook Marliza Ghazali via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

The post Guna Kuali “Non Stick”, Ini Cara Mudah Buat Apam Balik Sendiri Kat Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*