“Habiskan Pembelajaran” Khairul Aming Titip Pesan Buat Anak Muda Nak Jadi “Content Creator”

habiskan pembelajaran khairul aming

“Habiskan Pembelajaran” Khairul Aming Seru Golongan Muda Tak Abai Pembelajaran Semata Hanya Jadi Content Creator

Pencipta kandungan atau lebih dikenali content creator adalah istilah yang digunakan bagi mereka yang mencipta kandungan menggunakan akaun sendiri di media sosial.

Saban hari, kita boleh lihat semakin ramai yang menjadi content creator dengan mempamerkan kreativiti dan mencipta pelbagai kandungan yang positif sekali gus membina nama sendiri di dalam industri hiburan.

Pada ketika ini, ia telah menjadi pekerjaan yang semakin popular dan telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi golongan muda.

Sekiranya berjaya mengumpul pengikut yang banyak dan mencipta nama dalam kalangan masyarakat, pendapatan bulanan seseorang itu boleh mencecah ribuan ringgit.

Perkara tersebut membuatkan ramai yang berebut-rebut memilih untuk menjadi content creator walaupun pada usia muda sehingga membuat keputusan untuk mengabaikan pembelajaran.

Khairul Aming titip pesanan

Bagaimanapun, pempengaruh media sosial, Khairul Aming (KA) menyeru dan menasihatkan golongan muda untuk meneruskan pembelajaran walaupun mempunyai cita-cita menjadi content creator.

Pesanan itu dibuat ketika beliau dinobatkan sebagai pemenang kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023, semalam.

Gambar: Awani

Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata untuk kekal menjadi relevan, content creator itu mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak. 

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk bagi satu ucapan kepada anak-anak muda di luar sana, yang nak jadi content creator, adik-adik yang masih bersekolah teruskan pembelajaran.

“Walaupun awak nak jadi content creator, awak kena ingat jadi content creator ini bukan sekadar untuk viral.

“Untuk relevan lama dalam industri awak perlukan banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving ada adab ada common sense.

“Jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus yang boleh majukan negara kita Malaysia,” ujarnya.

Titipan nasihat tersebut kemudiannya mendapat reaksi yang positif dalam kalangan warga maya terutama peminatnya, yang sentiasa menyokong pempengaruh itu.

Mereka turut menyifatkan KA adalah content creator yang layak dan patut dicontohi oleh golongan muda pada masa kini.

Sebelum itu, beliau yang berusia 31 tahun meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa menyokongnya selama lapan tahun.

Dalam ucapan itu, KA yang terkenal dengan kandungan memasak berasa sebak memenangi anugerah tersebut. Berharap arwah ayahnya berada di sana menyaksikan momen tersebut.

“Terima kasih kepada mak saya, arwah ayah saya, team Sambal Nyet dan anda semua yang menyokong saya lapan tahun yang lepas.

“Saya harap sangat arwah ayah saya boleh tengok saya malam ini, saya dah kerja keras selama lapan tahun,” katanya dengan sebak.

Sumber: Awani

BACA: Khairul Aming Luah Rasa Terharu, Berjaya Cecah 1 Juta Undian Untuk TikTok Awards

The post “Habiskan Pembelajaran” Khairul Aming Titip Pesan Buat Anak Muda Nak Jadi “Content Creator” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*