Hancur Bonet Depan, Pekerja Bengkel Didakwa Tak Sengaja Rempuh Lori Guna Lamborghini Pelanggan

Rempuh Lori Guna Lamborghini Pelanggan

Hancur Bonet Depan, Pekerja Bengkel Didakwa Tak Sengaja Rempuh Lori Guna Lamborghini Pelanggan

Seorang pekerja bengkel kereta di Singapura didakwa tak sengaja merosakkan Lamborghini pelanggan selepas memandunya sebelum merempuh sebuah lori, lapor Mothership.

Kejadian yang dirakam CCTV itu dilaporkan berlaku pada 22 Ogos sekitar jam 12.46 tengah hari.

Rakaman kejadian itu telah dikongsikan oleh laman YouTube SG Road Vigilante (SGRV).

SGRV mendakwa bahawa kejadian itu berlaku di sebuah bengkel kereta di Bukit Batok, Singapura.

Laman itu juga mendakwa bahawa pekerja bengkel itu turut tidak mempunyai lesen memandu.

Berdasarkan rakaman, pekerja itu dikatakan mungkin terlupa untuk menukar gear kepada mod parkir.

Semasa pintu kereta itu ditutup, kereta tersebut secara tiba-tiba telah meluncur ke depan lalu merempuh sebuah lori yang berada di hadapannya.

Kesan hentaman itu dikatakan agak kuat sehinggakan lori tersebut dilihat bergerak ke belakang.

Kredit SG Road Vigilante

Selain itu, SGRV mendakwa lagi bahawa pemilik bengkel tersebut kini bersembunyi dan enggan menjawab sebarang pertanyaan media.

Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai satu kes perbuatan terburu-buru oleh pekerja bengkel tersebut.

Polis turut memberitahu bahawa mereka telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun kerana perbuatan terburu-burunya yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, difahamkan, seorang lelaki berusia 75 tahun turut terlibat dalam kemalangan itu dan dia kemudiannya dikejarkan ke hospital.

Ini Respond Anak Muda Di Singapura Kenapa Takut Nak Guna Bahasa Melayu

Buat rakyat Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kebanggaan susulan ia dijadikan sebagai bahasa ibunda di mana majoriti penduduk di negara ini menggunakannya.

Sebagai anak Malaysia, amatlah penting untuk menguasai bahasa Melayu bagi memelihara adat dan warisan supaya ia tidak ditelan dek zaman.

Namun, negara yang semakin membangun membuatkan golongan belia lebih memilih untuk menjadikan bahasa selain Melayu sebagai bahasa utama mereka berikutan dengan ajaran di rumah.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Walaupun bahasa Melayu itu penting tetapi bagaimana pula dengan masyarakat Melayu yang menetap di negara jiran di mana bahasa Inggeris menjadi bahasa utama?

Adakah mereka terutamanya golongan belia takut untuk menggunakan bahasa Melayu di Singapura? Mari ketahui jawapan yang dikongsikan oleh @beritamediacorp di TikTok.

Difahamkan, sebahagian anak-anak muda di Singapura ‘takut’ untuk menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka.

Apabila ditanya sama ada mereka kerap menggunakan bahasa Melayu, jawapan yang diberikan adalah “tidak”.

Sumber: Mothership

The post Hancur Bonet Depan, Pekerja Bengkel Didakwa Tak Sengaja Rempuh Lori Guna Lamborghini Pelanggan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*