Haram Tawar Perkhidmatan ‘Teman Raya’ – Mufti Kelantan

Perkhidmatan Teman Raya

Haram Tawar Perkhidmatan ‘Teman Raya’ – Mufti Kelantan

Trend tawaran perkhidmatan ‘teman raya’ yang ditawarkan oleh beberapa individu dengan mengenakan upah bayaran adalah haram di sisi agama Islam.

Memetik Sinar Harian, perbuatan itu walaupun hanya diiklankan sekadar suka-suka seperti mana ia tular di media sosial, ia tetap akan menjadi sesuatu yang haram dilakukan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perbuatan yang sia-sia dan tidak memberikan manfaat.

“Walaupun perkara itu dibuat sekadar suka-suka, namun sekiranya ia dilarang dalam agama maka hukumnya haram.

“Masyarakat gemar memandang perkara ini tidak serius, tetapi jika dibiarkan terlalu lama ia akan menjadi barah dalam masyarakat,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Pada 27 April lalu, telah tular di media sosial berkenaan trend yang menyediakan perkhidmatan ‘teman beraya’ tersebut oleh segelintir masyarakat di negara ini.

Perkhidmatan yang mengenakan bayaran serendah RM100 itu menerusi ciapan di Twitter telah mengundang pelbagai reaksi tidak senang oleh orang ramai.

Ramai yang berpendapat perkhidmatan tersebut sebagai menjual maruah diri demi mendapatkan keuntungan.

Sementara itu, Mohamad Shukir juga sempat berpesan kepada masyarakat khususnya golongan muda untuk lebih peka dan cakna dengan ajaran Islam.

“Justeru, media cetak dan elektronik memainkan peranan bagi mendidik masyarakat dan menggunakan pendekatan dakwah agar mereka tidak terus hanyut dengan perkara yang tidak memberi sebarang faedah.

“Pada pendapat saya tindakan undang-undang atau enakmen boleh dicabar dan merupakan langkah terakhir, namun pendekatan kesedaran serta dakwah lebih berkesan mengajak mereka ke arah kebaikan,” kata beliau.

Wanita ‘Pengsan’, Saudara-mara Tanya Macam-macam Soalan ‘Maut’ Ketika Raya

Baru-baru ini, tular satu video yang mendakwa seorang wanita seakan pengsan selepas diasak dengan pelbagai soalan dari saudara-maranya ketika menyambut hari Raya Aidilfitri.

Memetik Viva.co, wanita yang pengsan itu dikenali sebagai Dian. Pada awal video tersebut, dia hanya duduk di atas sofa sambil fokus menatap skrin telefon pintar di tangannya.

Walau bagaimanapun, situasi menjadi agak tegang apabila pelbagai soalan diajukan kepadanya. Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut dibandingkan dengan orang-orang di sekelilingnya sehingga dia kelihatan gelisah dan tertekan.

“Mak cik masa sebaya kamu, sudah ada anak, rumah sendiri, kereta sendiri,” kata salah seorang wanita yang berada berdekatan dengan Dian.

“Ya, takkanlah kamu tak ada rasa malu,” kata seorang lelaki yang duduk berhampiran dengannya.

Pada saat itu, Dian kelihatan sudah tidak dapat ‘menghadam’ segala soalan yang dilontarkan oleh ahli keluarganya.

Tidak tahan dengan perbualan tersebut, wanita tersebut tiba-tiba pengsan di atas sofa. Melihat keadaan Dian, ahli keluarganya termasuk perakam video tersebut merasa cemas atas apa yang menimpa wanita berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

The post Haram Tawar Perkhidmatan ‘Teman Raya’ – Mufti Kelantan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*