Hari Kebangsaan: Kelantan Guna Logo, Tema Sama Dengan Persekutuan

Kelantan Logo Tema Sama Persekutuan Kebangsaan

Hari Kebangsaan: Kelantan Guna Logo, Tema Sama Dengan Persekutuan

KOTA BHARU, 23 Ogos (Bernama) — Kelantan akan menggunakan logo dan tema yang sama dengan kerajaan Persekutuan bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Bagaimanapun, beliau berkata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) yang bermesyuarat hari ini turut bersetuju menambah cogan kata kerajaan negeri pada tema yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan.

“Tema sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Kelantan kita kekalkan seperti tema yang digunakan di peringkat Persekutuan iaitu Malaysia MADANI:Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

“Tetapi ia disambung dengan Membangun Bersama Islam yang kita jadikan cogan kata kerajaan negeri,” katanya pada pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Perikatan Nasional(PN) Ahmad Fadhli Shaari mengumumkan empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri.

Mohamed Fadzli juga berkata sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri akan diadakan lebih awal iaitu pada 30 Ogos bermula 6.30 petang di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.

“Program kemudian akan diteruskan di dalam stadium melibatkan acara perbarisan dan perarakan,” katanya.

BACA: Dilengkapi Sistem Yang Lebih Canggih, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pesawat Tempur F-15EX 

Sumber: Bernama

The post Hari Kebangsaan: Kelantan Guna Logo, Tema Sama Dengan Persekutuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*