Hidup Ibu Tunggal Tujuh Anak Berubah Selepas Suami Tiada

ibu tunggal anak tujuh

Hidup Ibu Tunggal Tujuh Anak Berubah Selepas Suami Tiada

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah peribahasa yang sesuai diungkapkan buat seorang ibu tunggal yang menyara tujuh anak-anaknya selepas kematian suaminya pada dua tahun yang lalu.

Mengakui emojinya diuji, aktivis masyarakat, Natipah Abu berkongsi kisah itu dan menceritakan bagaimana dia berasa berat untuk melepaskan anak-anak wanita itu terutama sekali si bongsu yang berusia tidak sampai empat tahun.

Natipah Abu yang mesra dengan gelaran Kak Pah berkata dia ditakdirkan untuk bertemu dengan seorang wanita berusia 29 tahun yang mengalami masalah lebih daripada kekangan wang.

Sedikit sebanyak mengenai latar belakangnya, wanita tersebut telah berkahwin sejak usianya 15 tahun bersama rakan karib bapanya dengan jarak usia kira-kira 30 tahun yang membezakan mereka.

Bagaimanapun, kehidupan wanita itu berubah sekelip mata selepas suaminya menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua tahun lalu, membuatkan dia berada pada tahap kehidupan yang sangat mencabar.

Ketika suaminya meninggal dunia, wanita tersebut sedang hamil tujuh bulan, anak yang kelapan dan usai dilahirkan ke dunia bayi itu diserahkan kepada keluarga angkat ketika berusia dua bulan.

“Melihat keadaan dia, keadaan anak-anak, Kak Pah mencadangkan anak-anak yang besar sahaja ditempatkan di rumah anak yatim supaya lebih terjamin masa depan.

“Tapi sebaliknya si ibu memutuskan ingin menempatkan semua anak-anaknya di sana (rumah anak yatim),” katanya.

BACA: Mungkin Permintaan Terakhir, Adik Hidap Kanser Otak Ini Perlukan Bantuan Helikopter Untuk Dibawa Pulang Beraya Di Kampung

Mahu jaga anak yang ketujuh tapi…

Menceritakan kembali, Kak Pah berkata pada awalnya dia menghubungi beberapa rumah anak yatim untuk menempatkan keenam anak wanita tersebut susulan yang bongsu dia berbelah bahagi sama ada mahu mengambil sebagai anak angkat ataupun tidak.

Selepas menimbang tara, Kak Pah berkata dia memilih untuk menempatkan semua anak wanita tersebut dalam satu rumah anak yatim kerana lebih baik untuk diletakkan bersama.

“Selepas dua hari anak-anak dibawa ke rumah anak yatim itu, Kak Pah terima berita dari si ibu, pihak pengurusan hendak memulangkan anak sulungnya yang OKU (orang kurang upaya) pembelajaran kerana tidak mampu menjaga.

“Lalu Kak Pah hubungi Ustaz Rosli, pemilik Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Kuala Ketil dan alhamdulillah beliau menerima anak-anak itu dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Menurutnya bukan mudah untuk menjaga anak-anak yatim walaupun mempunyai pangkat dan harta yang banyak.

Kak Pah berkata apa yang penting bagi individu yang mahu menjaga anak-anak yatim adalah mempunyai jiwa yang kaya dengan kasih sayang untuk menutupi segala kekurangan.

“Pertama kali tidur di hotel dan mandi kolam”

Setelah melalui pelbagai rintangan seperti ulang-alik daripada satu tempat ke tempat yang lain, Kak Pah membawa ketujuh anak-anak itu pergi bercuti ke hotel untuk berehat.

Mereka yang selama ini tidak pernah merasai kemewahan dunia berasa teruja untuk pergi bercuti di Sungai Petani, Kedah dan meskipun penat namun mereka masih mempunyai bertenaga untuk berseronok.

Kredit: Natipah Abu/Facebook

Kak Pah yang memikul tanggungjawab dalam membawa mereka untuk berseronok gigih mencari tempat makan yang sedap dengan bertanya di dalam kumpulan Facebook Penduduk Sungai Petani (PSP).

Mereka turut singgah di beberapa tempat kedai makan di Sungai Petani seperti di Senja dan Pangkalan Ikan Bakar.

Tidak dinafikan, percutian yang sekejap itu mencipta kenangan yang tidak boleh dilupakan dan pastinya terpahat dalam hati Kak Pah sampai bila-bila.

Sumber: Natipah Abu/Facebook

The post Hidup Ibu Tunggal Tujuh Anak Berubah Selepas Suami Tiada appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*