Ibu Dan Rakan Perempuan Mengaku Tak Bersalah Dera Budak Lelaki Berusia Tujuh Tahun

Ibu & rakan perempuan dera budak

Ibu Dan Rakan Perempuan Mengaku Tak Bersalah Dera Budak Lelaki Berusia Tujuh Tahun

Seorang ibu dan rakan perempuannya pada hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Kenyataan itu dibuat oleh kedua-dua suspek di hadapan hakim dalam perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada pagi tadi.

Kedua-dua suspek didakwa melakukan pengabaian ke atas mangsa di Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Terdahulu, seorang ibu dan rakan perempuannya ditahan, kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang di sini, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata ibu kandung mangsa yang juga ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala rakannya seorang warga asing berusia 30 tahun, ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam pada 12.30 tengah malam (12 Ogos).

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam, pada 12.02 tengah malam (12 Ogos).

“Pihak polis turut merampas dua batang rotan. Mangsa pula telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini bagi rawatan lanjut.

Sumber: BERNAMA

The post Ibu Dan Rakan Perempuan Mengaku Tak Bersalah Dera Budak Lelaki Berusia Tujuh Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*