Ini Sebab Kenapa Hari Wesak Wujud & Bagaimana Ia Disambut
Pada 4 Mei 2023 ini, penganut Buddha akan menyambut hari terpenting dalam agama mereka yang dipanggil Hari Wesak, yang melambangkan kelahiran, kematian dan pencerahan agung.
Tarikh tersebut turut diumumkan sebagai cuti umum di Malaysia selepas mendapat kelulusan dari Mesyuarat Dunia World Fellowship Buddha (WFB) pada tahun 1950 untuk memberi penghormatan kepada masyarakat tersebut selain memberi ruang untuk meraikan hari penting itu.
Walaupun secara amnya, masyarakat di Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum namun tidak dinafikan ramai yang mungkin masih belum benar-benar mengetahui sambutan atau perayaan yang diadakan di negara ini.
Sempena memperingati hari penting ini, artikel kali ini adalah mengenai Hari Wesak serta cara penganut Buddha menyambut hari tersebut.
Apa itu Wesak?
Hari Vesak atau lebih dikenali Wesak merupakan hari terpenting bagi masyarakat beragama Buddha kerana ia memperingati tokoh agama, Siddharta Gautama Buddha. Wesak berasal daripada perkataan ‘Pali’ iaitu Vesakha.
Sementara itu, dalam bahasa Sanskrit pula ia disebut sebagai Vaisakha, yang merupakan nama bulan di kalendar Hindu. Ia turut mempunyai maksud iaitu menandakan masuknya bulan kelima.
Kebiasaannya Hari Wesak jatuh pada bulan Mei dan kadangkala bermula pada hujung April ataupun berlanjutan hingga awal bulan Jun. Di kebanyakan negara, Hari Wesak juga dipanggil sebagai Hari Buddha.
Difahamkan juga, Hari Wesak turut menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha, iaitu kelahiran, pencerahan serta kematiannya. Semasa ulang tahun kelahirannya, beliau mendapat pencerahan agung dan telah menjadi seorang Buddha.
Beliau turut mengembara di utara India untuk mengembangkan ajarannya selama 45 tahun selepas berlaku pencerahan itu. Antara peristiwa yang lain, Buddha juga dikatakan meninggal dunia dalam bulan tersebut.
Selama 45 tahun berikutnya, Buddha telah mengembara di utara India untuk menyampaikan ajaran beliau tentang kasih sejati terhadap semua makhluk hidup serta kesedaran tentang sifat sebenar kewujudan.
Oleh hal yang demikian, adalah penting untuk penganut Buddha memperingati Hari Wesak susulan dengan tiga peristiwa yang berlaku melibatkan tokoh agama mereka.
BACA: Anda Tidak Pernah Tahu 20 Hari Sambutan Sedunia Ini Wujud Sebenarnya
Sambutan Hari Wesak
Hari Wesak dirayakan dengan berbagai cara dan berbeza-beza di setiap pelusuk dunia oleh penganut Buddha. Ketika Hari Wesak disambut, masyarakat Buddha diperlukan untuk menerapkan keyakinan diri dalam agama tersebut dan hidup berlandaskan kepercayaannya.
Pada hari tersebut para penganut akan berkumpul di kuil Buddha sebelum terbitnya fajar untuk menaikkan bendera Buddhis serta menyanyikan lagu agama. Di Malaysia, semasa acara perarakan, penganut akan membawa simbol ikon Buddha, yang melambangkan kesucian seseorang.
Persembahan ringkas turut diadakan seperti bunga, lilin dan colok yang dipersembahkan kepada guru mereka. Persembahan simbolik itu untuk memperingati bahawa penganut Buddha juga seperti bunga yang cantik, tetapi akan layu pada masa yang pendek.
Manakala, lilin dan colok juga akan membakar dengan cepat, menunjukkan hidup juga akan menghadapi fasa pereputan (penghujung/penamat) dan disintegrasi. Sehubungan itu, para penganut diajar untuk menjauhkan diri daripada membunuh sebarang makhluk.
Dalam masa yang sama, mereka digalakkan untuk mengambil makanan berunsurkan sayur-sayuran (pengamal vegan/vegetarian) pada hari tersebut. Bagi sesetengah negara, ada yang melakukan aktiviti melepaskan haiwan, sebagai simbolik kebebasan.
Makna warna bendera Buddhis
Para Hari Wesak, ramai yang mengambil peluang untuk menggantung bendera Buddhis memandangkan ia adalah hari yang disambut setahun dalam sekali dan hari penting bagi penganut agama tersebut.
Oleh hal yang demikian, jangan pelik sekiranya melihat bendera Buddhis itu digantung di tempat awam ketika hari sambutannya. Untuk mengetahui lebih lanjut, di bawah disediakan mengenai makna di setiap bendera.
Berikut di bawah adalah petikan artikel daripada Sammaditthi yang menjelaskan tentang maksud warna dalam bendera Buddhis.
Sumber: Ecentral, Sammaditthi, Dhammatalks, Firdaus Wong,
The post Ini Sebab Kenapa Hari Wesak Wujud & Bagaimana Ia Disambut appeared first on Siakap Keli.
Be the first to comment