“40 Tahun Lalu…”, Lelaki Mexico Jelaskan Kenapa Datang Malaysia Nak Belajar Tentang Halal

Ini Sebab Kenapa Orang Mexico Datang Ke Konvensyen Halal Di Malaysia

“40 Tahun Lalu…”, Lelaki Mexico Jelaskan Kenapa Datang Malaysia Nak Belajar Tentang Halal

Seorang warganegara Mexico telah berkongsi perspektif unik mengenai konsep halal semasa mengunjungi salah satu konvensyen halaldi Malaysia.

Ahli Parlimen Tangga Batu, Tuan Haji Bakri Jamaluddin telah berbual bersama warganegara Mexico, yang mengunjungi konvensyen terbabit.

Perbualan mereka telah dirakam dan dimuat naik dalam akaun TikTok milik Haji Bakri (@hbakrijamaluddin) beberapa hari lepas.

Intipati perbualan Ahli Parlimen bersama warganegara Mexico yang dikenali sebagai Francisco sangat membuka minda warga TikTok.

Pada awal video berkenaan, Francisco berkata bahawa ramai warga Mexico tidak melihat tanda halal sebagai satu unsur keagamaan sahaja.

Bagi mereka, simbol halal dilihat sebagai tanda aras bahawa produk terbabit bersih dan selamat dimakan serta dianggap sebagai satu bentuk pensijilan kualiti.

Datang dari Mexico, lelaki cerita kenapa datang Malaysia nak belajar tentang halal

Francisco kemudian berkongsi masalah yang pernah dialami negaranya suatu ketika dahulu yang membentuk pandangan mereka tentang halal pada hari ini.

Kata beliau, pada masa dahulu, ada kes kematian di negara itu akibat penyakit berjangkit yang berpunca daripada makanan. Oleh sebab itu, kerajaannya mula melaksanakan standard kebersihan makanan berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalam agama Islam dan Yahudi (halal & kosher).

“40 tahun lalu, kami mempunyai banyak isu kesihatan kerana antaranya kualiti daging yang (dijual) tidak terjamin,” katanya.

Jadi, pihak-pihak yang terlibat berganding bahu mencari penyelesaian masalah tersebut. Antaranya melihat semula kepada kaedah pensijilan kualiti makanan di negara itu.

“Dengan menggunakan pensijilan halal, kami dapat melihat bagaimana Mexico boleh menjamin kualiti makanan seperti daging, produk tenusu dan sebagainya yang dijual kepada penduduk,” katanya lagi.

Walaupun majoriti rakyat Mexico bukan beragama Islam, namun pengiktirafan halal dilihat sebagai jaminan kualiti sesuatu produk itu baik dan selamat untuk dimakan.

Pensijilan halal juga dapat menjamin ketulusan kandungan dalam produk makanan yang dijual kepada pengguna

Selain itu katanya, pensijilan halal sebagai pensijilan kualiti juga membolehkan kerajaan memantau bahan-bahan pembuatan yang ada dalam sesuatu produk.

Misalnya, mereka dapat memastikan keaslian produk tenusu yang dijual oleh sesebuah jenama.

“Dengan pensijilan halal, anda boleh menjamin bahawa susu itu hanya datang dari lembu sahaja,” jelas Francisco.

@hbakrijamaluddin

Kenapa halall food baik untuk semua orang.Ikuti sembang saya bersama Mr Francisco dari Mexico. #fyp #PasForAll #BakriJamaluddin

♬ original sound – Bakri Jamaluddin – Bakri Jamaluddin

BACA: Cara Nak Set “Legacy Contact” Untuk Iphone, Waris Boleh Akses Akaun Jika Pemilik Meninggal Dunia

Sumber: @hbakrijamaluddin via TikTok

The post “40 Tahun Lalu…”, Lelaki Mexico Jelaskan Kenapa Datang Malaysia Nak Belajar Tentang Halal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*