Inisiatif Lesen Memandu Percuma B40, Kerajaan Tak Mampu Tanggung Semua – Menteri

lesen b40 ditanggung kerajaan

Inisiatif Lesen Memandu Percuma B40, Kerajaan Tak Mampu Tanggung Semua – Menteri

Kementerian Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat menanggung semua yang mahu mengambil lesen secara percuma. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai inisiatif kerajaan menanggung kos ujian memandu kelas B2, e-hailing, teksi dan bas untuk golongan B40.

Inisiatif berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Bajet 2023 yang lalu.

Loke memberitahu hanya individu berdepan dengan masalah kewangan akan diberi pertimbangan untuk menerima bantuan menerusi inisiatif tersebut.

Setakat ini, beliau memberitahu mekanisme dan syarat bagi program berkenaan akan diperhalusi terlebih dahulu sebelum mengumumkannya kepada khalayak ramai.

“Yang pertamanya, bukan kita dapat tanggung untuk semua…sudah tentu kita tidak dapat tanggung semua. Yang dimaksudkan ialah mungkin kita ada program, inisiatif di mana kita memberikan bantuan untuk mengambil lesen ini kepada golongan B40 dan juga untuk pemandu yang ingin mendapatkan PSV (Lesen Vokasional Kenderaan) dan GDL (Lesen Perdagangan).

“Itu yang sedang kita akan bangunkan dari segi mekanismenya dan akan diumumkan bagaimana untuk memohon dan sebagainya.

Kos peruntukan sedia ada tidak mencukupi bagi menanggung seluruh golongan B40

Beliau berkata, kerajaan berdepan dengan kekangan kewangan sekiranya mahu menanggung semua pihak yang mahu mengambil lesen. Jadi, pihaknya akan mengutamakan golongan yang memerlukan dalam melaksanakan program berkenaan.

“Ada peruntukan lebih RM4 juta untuk kita menampung perbelanjaan untuk membantu khususnya golongan B40 tetapi sudah tentunya bermaksud tidak semua orang yang mengambil lesen memandu akan dapat ditampung oleh kerajaan. Itu tak dapat kita buat.

“Yang paling penting ialah sudah tentu golongan sasar kita ialah golongan B40 di mana ada kekangan kewangan. Kita akan cuba perincikan bayaran bantuan tersebut,” katanya.

Loke menjelaskan perkara berkenaan ketika ditemubual dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk Belanjawan 2023: Manfaat Sektor Pengangkutan menerusi  Bernama hari ini.

Inisiatif lesen memandu percuma B40, kerajaan tak mampu tanggung semua

Dalam sesi siaran langsung berkenaan, Loke mengatakan bahawa beliau berpuas hati atas peruntukan yang diberikan kepada kementeriannya semasa sesi pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini.

Beliau memaklumkan, kebanyakan peruntukan tersebut akan disalurkan kepada projek sedia ada seperti projek landasan berkembar Gemas-Johor Bahru, projek landasan berkembar Lembah Klang dan lain-lain.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, kerajaan bersetuju menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing menerusi program MyPSV.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, program MyPSV ini bertujuan untuk membantu kumpulan B40, khususnya dalam kalangan warga belia di Malaysia.

BACA: MRT2 Mula Beroperasi 16 Mac Ini – Anthony Loke

Sumber: Bernama via Facebook

The post Inisiatif Lesen Memandu Percuma B40, Kerajaan Tak Mampu Tanggung Semua – Menteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*