“Insya-Allah Saya Akan Sehabis Baik Bersihkan Nama Sarah,” – Shuib

bersihkan nama sarah shuib

“Insya-Allah Saya Akan Sehabis Baik Bersihkan Nama Sarah,” – Shuib

“Insya-Allah saya akan cuba sehabis baik untuk bersihkan nama awak,” itu janji pelawak terkenal Shuib terhadap arwah isterinya, Siti Sarah selepas didakwa sengaja menidurkannya sehingga menjadi penyebab kematian.

Baru-baru ini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memuat naik perkongsian terbaru di TikTok, yang memaparkan detik-detik terakhir Sarah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Dalam video berdurasi 27 saat itu, Sarah yang dilihat memakai bantuan pernafasan sedang berpelukan bersama anak-anaknya.

“Ibu tidur dulu ye…ibu penat. Anak-anak ibu duduk elok-elok dengan Daddy tau,” ayat tersebut dipercayai dikatakan oleh Sarah.

Video itu juga menunjukkan Shuib dalam perjalanan ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak di Selangor untuk semadikan jenazah isterinya.

Pelawak berusia 38 tahun itu, berkata beliau akan sedaya upaya untuk membersihkan nama isterinya daripada kecaman orang ramai.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf terhadap Sarah susulan sering menjadi mangsa fitnah sesetengah warga maya.

“Saya minta maaf sayang, orang cakap macam-macam tentang awak. Orang fitnah awak tentang perkara yang langsung tak masuk akal.

“Insya-Allah saya akan cuba sehabis baik untuk bersihkan nama awak sayang.

“Allah maha hebat, Allah akan sentiasa bersama kita. Doakan saya dari sana,” memetik kapsyen video itu.

Sebelum ini, Shuib terpalit dengan satu fitnah yang menyatakan beliau merupakan ahli Freemason dan kematian Sarah didakwa berpunca akibat dipaksa untuk ditidurkan.

BACA: “Nama Dah La Panjang”, Shuib Akui Berdebar Nak Sebut Nama Penuh Watie

Tuduhan Fitnah: Shuib Berlapang Dada Maafkan Pelaku

Semalam, Shuib berlapang dada memaafkan seorang individu yang dikatakan telah membuat tuduhan fitnah ke atas dirinya mengenai kematian Sarah.

Shuib bertindak sedemikian di hadapan individu itu sendiri dalam satu sesi perjumpaan secara bersemuka semalam.

“Saya maafkan awak, saya doakan awak dan harap isu ini tidak mengganggu kerjaya dan keluarga awak.

“Awak berani angkat telefon, berani datang hari ini, kira awak gentle lah,” ujarnya.

Kedua-dua mereka akhirnya dilihat saling bersalaman sesama sendiri menandakan konflik yang tercetus dipercayai akan berakhir menuju jalan damai.

Sementara itu di Facebook, Shuib turut berpesan agar orang ramai mengambil pengajaran tentang apa yang berlaku ketika ini.

“Bukan untuk mengaibkan sesiapa. Tapi, demi maruah saya, keluarga dan arwah Siti Sarah.

“Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Semoga kita lebih berhati-hati dengan apa yang kita tulis dan kongsikan.

“Saya mohon ampun dan maaf. Terima kasih semua,” katanya dalam hantaran itu.

@shuibsepahtu

I minta maaf sayang,,Orang cakap mcm2 tentang U,Orang Fitnah U tentang perkara yg langsung tak masok akal.InsyaAllah I akan cuba sehabis baik utk bersihkan nama U Sayang.Allah maha hebat,Allah akan ade sentiasa bersama kita.Doakan I dr sana 🙏 Al Fatihah Buat Siti Sarah Bt Raissuddin

♬ original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu

Sumber: @shuibsepahtu/TikTok

The post “Insya-Allah Saya Akan Sehabis Baik Bersihkan Nama Sarah,” – Shuib appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*