Iran Lancar Serangan Udara, Peluru Berpandu Ke Atas Israel

iran serangan dron israel

Iran Lancar Serangan Dron, Peluru Berpandu Ke Atas Israel

JERUSALEM — Iran telah melancarkan puluhan serangan terdiri daripada dron udara dan peluru berpandu ke atas Israel di tengah-tengah kemelut perang serantau, lapor Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Memetik The Independent, serangan tersebut dibuat sebagai serangan balas pada kejadian 1 April di Damsyik, tetapi serangan tersebut dapat dipintas oleh Israel.

Jurucakap IDF, Laksamana Muda Daniel Hagari berkata beberapa peluru berpandu Iran telah melanda negaranya dan menyebabkan kerosakan kecil pada pangkalan tentera, lapor BBC.

Pun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kemelut ini dilihat semakin mencetuskan kebimbangan berikutan serangan ke atas konsulat Iran di ibu negara Syria Damsyik.

Dalam pada itu, ibu negara Iran, Tehran berikrar untuk bertindak balas terhadap serangan di Syria pada awal bulan, yang mengorbankan beberapa pemimpin kanan tenteranya.

Keadaan di seluruh rantau berkenaan menjadi topik seluruh dunia selama berbulan-bulan, memandangkan perang yang berlaku di Gaza.

Israel telah melancarkan serangan udara, darat, dan sekatan susulan serangan oleh Hamas ke atas negara itu yang membunuh kira-kira 1,200 orang selain 250 lagi dijadikan tebusan.

Pegawai kesihatan di kawasan kendalian Hamas berkata lebih 33,000 rakyat Palestin terbunuh susulan kemelut itu.

Dua Serangan Di Iran

Terdahulu, sekurang-kurangnya lima anggota Pengawal Revolusi Islam dilaporkan terbunuh dalam dua serangan berasingan di wilayah Sistan-Baluchistan, Iran, lapor AFP.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Majid Mirahmadi, kepada televisyen tempatan.

BACA: Kejadian Tembak Menembak Di KLIA Terminal 1 Bersifat Peribadi – Polis

“Lima anggota Pengawal Revolusi Islam telah syahid dalam serangan itu yang berlaku pada waktu malam di stesen tentera di bandar Rask dan pos polis di Chabahar,” kata Majid.

Tambahnya, 10 lagi anggota cedera dalam kejadian yang bermula pada petang Rabu itu.

Menurut laporan AFP, kumpulan Jaish al-Adl didakwa bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.

15 orang ahli kumpulan itu juga dilaporkan turut terbunuh dalam kejadian terbabit.

Sementara itu, Majid juga memaklumkan, misi kumpulan tersebut untuk menawan ibu pejabat Pengawal Chabahar dan Rask gagal kerana mereka telah dikepung.

Insiden itu mengakibatkan pihak polis terpaksa berbalas tembakan dengan kumpulan itu di sekitar ibu pejabat berkenaan

Sumber: The Independent

BACA JUGA: Lelaki Parah Dipijak Gajah Di Gerik

The post Iran Lancar Serangan Udara, Peluru Berpandu Ke Atas Israel appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*