Isu REE & MARRIS, Sanusi Fail Saman Terhadap Saifuddin

saifuddin saman sanusi

Isu REE & MARRIS, Sanusi Fail Saman Terhadap Saifuddin

Berhubung dua kes fitnah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada hari ini telah memfailkan tuntutan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Memetik Sinar Harian, Sanusi berkata bahawa surat tuntutan saman fitnah itu telah dihantar kepada Saifuddin menerusi e-mel pada malam tadi. Dokumen itu juga telah dihantar menerusi serahan tangan pada hari ini.

Tambahnya lagi, tindakan saman itu dibuat olehnya berhubung dua isu yang dikaitkan dengan dirinya. Isu tersebut ialah berkenaan dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan kecurian unsur nadir bumi (REE).

“Saya nak umum, saya sudah failkan (saman) dan hantar ‘letter of demand’ kepada Saifuddin atas dua fitnah. Peguam saya e-mel kepada dia malam ini dan esok (Jumaat) kita buat serahan tangan.

“Kalau dia tak jawab dalam tempoh yang diberikan, kita akan mulakan proses saman,” katanya ketika berucap dalam program ceramah ‘Taujihat Pimpinan: Munajat perdana mohon keamanan dan menentang kezaliman’ di Dewan Al-Hana, Sik pada malam Khamis.

Muhammad Sanusi berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan dan perlu diperbetulkan menerusi tindakan undang-undang.

“Wajib saman! Tak boleh biarkan sebab dia (Saifuddin) tuduh saya pencuri REE. Dia juga tuduh saya guna peruntukan MARRIS sebanyak RM1.6 bilion yang sepatutnya duit penyelenggaraan jalan (tetapi dakwa) dibuat benda lain.

“Dia longgok kesalahan Menteri Besar UMNO terdahulu sebelum 2014 atas kepala saya padahal saya tak tahu apa pun, dia ingat dia seorang reti (pandai) ‘menyerang’,” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin mendedahkan bahawa Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah telah menerima kompaun sebanyak RM500,000. Kompaun itu dikenakan kerana didakwa terlibat dalam kejadian mencuri REE di Kampung Chong, Sik.

Tambah Saifudin, kompaun tersebut telah dikeluarkan pada 4 Oktober tahun lalu oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Datuk Mohd Fauzi Mustaffa (ketika itu). Surat kompaun tersebut telah dialamatkan kepada Pengerusi MBI, iaitu Muhammad Sanusi sendiri.

Pendedahan Saifuddin dibuat ketika ceramah Jelajah Perpaduan Madani

Pendedahan itu dibuat Saifuddin dalam ceramah Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Keda di Guar Chempedak pada 15 Julai lalu.

Ekoran dakwaan itu, Muhammad Sanusi dalam sebuah sidang akhbar di Bandar Baharu telah menyangkal tuduhan daripada Saifuddin tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa MBI Kedah bukan dikompaun atas kesalahan mencuri mineral berkenaan. Namun kompaun itu dikenakan atas sebab agensi terbabit pemegang kepada permit ladang hutan di kawasan kecurian tersebut.

Sanusi juga menegaskan bahawa terdapat pihak ketiga yang dikenakan kompaun kerana menceroboh dan mencuri REE tersebut.

BACA: Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan

Selain itu, Sanusi juga menjelaskan bahawa tiada sebarang salah guna yang dilakukan atas peruntukan MARRIS seperti dakwaan Saifuddin.

Malah menurutnya, baki peruntukan MARRIS yang tidak dibelanjakan sebanyak RM259 juta berada di dalam simpanan tetap Kerajaan Negeri.

Ia juga telah dilaporkan dalam penyata Kewangan serta diaudit oleh Jabatan Audit Negara sendiri.

Sumber: Sinar Harian

The post Isu REE & MARRIS, Sanusi Fail Saman Terhadap Saifuddin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*