“Itu Pun Nak Jadikan Isu,” Ibu Wanita Kena Lepuk Mohon Jangan Sensasikan Gurauan Sanusi

ibu wanita kena lepuk

“Itu Pun Nak Jadikan Isu,” Ibu Wanita Kena Lepuk Mohon Jangan Sensasikan Gurauan Sanusi

Seorang wanita yang dipercayai ibu kepada pelajar perempuan yang dipukul di kepala oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menggunakan kertas menyifatkan ia adalah cara mereka melawak dan meminta agar perkara tersebut tidak dijadikan isu.

Lapor Sinar Harian, wanita yang menggunakan akaun TikTok MCSyalwa berkata Muhammad Sanusi tidak perlu membuat permohonan maaf kerana mereka sekeluarga tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.

Dia turut memaklumkan anak perempuannya juga berada dalam keadaan baik.

“Tidak perlu minta maaf MB, kami sekeluarga okay sahaja.

“Anak saya pun okay, tak sakit (dan) patah pun. Kami melawak sesama kami. Itu pun nak jadi isu,” komennya di akaun TikTok Sinar Harian.

Dalam pada itu, dia turut meminta supaya orang ramai tidak mensensasikan perkara yang tidak betul berhubung kejadian yang berlaku pada Sabtu lepas.

“Sudah-sudahlah. Hidup dengan aman hampa. Buat apa mensensasikan perkara yang tidak betul.

“Kami pihak ibu bapa dan anak tiada apa-apa isu pun. MB baik ja, melayan kami walaupun penat berbasikal,” katanya menerusi hantaran di TikTok pada Selasa.

BACA: Muhammad Sanusi Tidak Akan Serah Kalah, Pilih Untuk Bertahan Walau Berdarah

Video perempuan kena pukul dengan kertas tular

Terdahulu, satu video yang memaparkan seorang pelajar perempuan telah dilepuk oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri telah mendapat perhatian ramai sehingga ia menjadi tular.

Klip berdurasi 18 saat itu menunjukkan Muhammad Sanusi sedang bergurau kasar dengan wanita tersebut dan kejadian itu dianggap sebagai jenaka biasa bagi mereka yang berada di sekeliling.

Bagaimanapun, tindakan Muhammad Sanusi memukul rakyat dengan gulungan kertas disifatkan sebagai biadab oleh Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz.

Pun begitu, MB Kedah itu mempertahankan tindakan itu dengan mengatakan ia adalah cara bergurau untuk menegur pelajar berkenaan kerana lambat memohon bantuan.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Hari Kebangsaan: Kedah Guna Logo, Tema Sama Seperti Kerajaan Persekutuan

The post “Itu Pun Nak Jadikan Isu,” Ibu Wanita Kena Lepuk Mohon Jangan Sensasikan Gurauan Sanusi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*