JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mengambil pendekatan kunci mulut ketika sidang akhbar menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dalam sidang akhbar tersebut, JDT yang diwakili pembantu jurulatih, Jose Lopez dan pemain pertahanan Junior Eldstal enggan memberikan sebarang komen ketika soalan diajukan oleh wartawan.
Wartawan yang bertanyakan beberapa soalan juga dijawab dengan ‘tiada komen’ oleh Lopez dan Eldstal.
“Tiada komen di sini (dalam sidang akhbar ini) dan untuk perlawanan esok,” katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan pada Jumaat.
Wartawan tidak berputus asa dan bertanyakan beberapa soalan lagi mengenai kecederaan pemain, namun jawapan sama turut diberikan oleh mereka.
Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wartawan yang hadir mengenai pendekatan yang diambil oleh juara 10 kali Liga Super itu.
sumber: SH
JDT dilabel sebagai pasukan pilihan dan dalam rentak terbaik untuk melebarkan kejuaraan ketiga berturut-turut selepas memenanginya pada 2022 dan 2023.
Selangor pula kembali menjejakkan kaki ke pentas final selepas kali terakhir pada 2018 dan mendambakan kejuaraan keenam dalam edisi ke-34 itu.