“Jaga Anak Abah Elok-elok..” Rahim & Jep Bagi Pesanan Buat Bakal Menantu

pesanan rahim jep bakal menantu

“Jaga Anak Abah Elok-elok..” Rahim & Jep Bagi Pesanan Buat Bakal Menantu

Bagi seorang anak, ibu bapa adalah segalanya. Mereka yang menjaga kita dari kita kecil hinggalah umur meningkat dewasa. Merekalah guru pertama untuk kita semua.

Sebagai seorang anak, kita bukan saja merupakan sebuah anugerah kepada ibu bapa. Tetapi, kita juga dianggap satu ujian. Mungkin, ujian terberat untuk mereka selain daripada menempuh segala cabaran membesarkan seorang anak, adalah untuk melepaskan anak itu saat mereka mahu berkahwin.

Berat hati seorang ibu dan seorang bapa yang perlu melepaskan anak mereka itu supaya mereka dapat mencari kebahagiaan mereka sendiri. Untuk itu, penyampai radio Sinar, Rahim Sepahtu dan Jep Sepahtu telah meninggalkan beberapa pesanan kepada mereka yang bergelar bakal menantu.

Pesanan Kepada Bakal Menantu

“Assalamualaikum, ni untuk bakal menantu eh. Yang mula-mula mencium anak aku, adalah aku. Yang mula-mula menengok dia menangis adalah aku.

“Yang tampar dan rawat luka dia adalah aku. So engkau yang baru nak hidup dengan dia tolong pastikan semua ni, kau yang ambil alih tugas ni. Jangan aniaya, jangan sakiti hati dia, okey?” pesannya lagi dalam video dimuat naik ke TikTok Sinar.

Selepas Rahim, Jep pula yang memberikan pesanan kepada bakal menantunya.

“Assalamualaikum, bakal menantu abah. Jaga anak abah elok-elok. Tegur dia elok-elok, jangan gunakan kekerasan,” pesan Jep kepada bakal menantunya.

Tetapi, pesanan penuh makna itu diselitkan pula dengan lawak yang dibuat oleh Jep.

“Abah dulu pun, di antara orang yang garang jugak. Tapi… Mak kau lagi garang daripada abah,” selorohnya.

Lawak spontan itu telah membuatkan rakan-rakannya itu cuba untuk menahan ketawa supaya video itu kekal serius. Dirinya sendiri turut cuba menahan ketawa dengan lawak spontan itu. Kemudian, dia kembali memberi pesanan.

“Jadi kena ingat, esok lusa korang pun akan ada anak. Jadi kalau kau tak nak anak kau diperlakukan macam gitu, jaga anak abah elok-elok,” kata Jep.

Selepas Jep, Falyq juga turut memberikan pesanan kepada bakal menantunya.

“Untuk menantu ayah semua, make sure kita ni dah hidup dalam berpasangan ni, kena saling tolak ansur, hormat-menghormati dan yang paling penting, sentiasa jaga each other tu ya,” kata Falyq pula.

Begitulah pesanan-pesanan yang diberikan oleh mereka semua kepada bakal-bakal menantu di luar sana. Semoga pesanan-pesanan itu diingati dan difahami oleh anda semua.

@sinar_my

Replying to @安娜🍄 Kepada bakal menantu Abah, ingat ni! #PagiDiSINAR #TikTokSINAR

♬ original sound – SINAR – SINAR

Sumber: Sinar via TikTok

BACA JUGA: Buat ‘Overthinker’, Ini Tok Abah Kongsi Cara Berdamai Dengan Fikiran

The post “Jaga Anak Abah Elok-elok..” Rahim & Jep Bagi Pesanan Buat Bakal Menantu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*