Jangan Terbiasa Dengan Penderitaan Di Gaza, Kata Mohamed Salah

gaza mohamed salah

Jangan Terbiasa Dengan Penderitaan Di Gaza, Kata Mohamed Salah

ISTANBUL, 26 Dis (Bernama-Anadolu) — Penyerang Liverpool Mohamed Salah pada Isnin menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan Israel yang mengorbankan hampir 20,700 orang sejak 7 Okt, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Krismas adalah masa untuk keluarga berkumpul dan meraikannya. Semasa konflik yang berlaku di Asia Barat, terutamanya kematian dan kemusnahan di Gaza.

“Tahun ini, kami menyambut Krismas dengan hati yang sangat berat dan kami berkongsi kesedihan keluarga-keluarga yang bersedih kerana kehilangan orang tersayang,” tulis Salah di akaun media sosialnya.

Pemain bola sepak Mesir itu juga menyeru peminatnya untuk “tidak melupakan mereka (rakyat Palestin di Gaza) dan tidak terbiasa dengan penderitaan mereka.”

Salah menghadapi gelombang kritikan daripada peminatnya di seluruh dunia Arab kerana berdiam diri terhadap penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan Israel.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza  mengakibatkan sekurang-kurangnya 20,674 rakyat Palestin terbunuh manakala 54,536 lagi cedera.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri Ireland berkata apa yang berlaku di Gaza juga merupakan bencana bagi Israel kerana pihak itu kehilangan sokongan di seluruh dunia.

Leo Varadkar berkata ia adalah bencana kerana konflik yang dicetuskan Israel tidak akan membawa ‘keselamatan’.

“Apa yang dilakukan oleh Israel menjejaskan keselamatan jangka panjang dan jangka sederhana.

“Ini tidak akan membawa kepada keamanan dan mereka semakin hilang sokongan…Malah sekutu terdekat mereka Amerika Syarikat, saya percaya mula meragui tentang apa yang mereka lihat sedang berlaku di Gaza ,” katanya kepada kepada Parlimen Ireland di Dublin, lapor Agensi Anadolu.

BACA JUGA: Ini Satu Lagi Kenderaan Paling ‘Berkuasa’ Di Sabah, Trak Pikap Pun Kalah

Sumber: BERNAMA

The post Jangan Terbiasa Dengan Penderitaan Di Gaza, Kata Mohamed Salah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*