“Jodoh Atau Kematian?,” Dua Momen Suka & Duka Dirakam Buat Ramai Insaf

momen suka & duka

“Jodoh Atau Kematian?,” Dua Momen Suka & Duka Dirakam Buat Ramai Insaf

Soal jodoh, maut dan rezeki semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT sejak kita di dalam kandungan ibu lagi.

Mendapat jodoh yang baik adalah rezeki yang paling bermakna, kerana ia bukan sahaja dapat membawa kebahagiaan di dunia, malah menjadi ladang pahala untuk kita semua.

Manakala, kematian juga adalah sesuatu yang pasti. Setiap makhluk akan merasai kematian, tidak kira cepat atau lambat masanya akan tiba juga nanti.

Namun soal siapa, bila, di mana dan bagaimana akan terus menjadi teka teki sehingga saat itu benar-benar tiba.

Ketika itu, semuanya akan berlaku dalam keadaan yang kita tidak pernah jangkakan.

Baru-baru ini tular di media sosial pengguna akaun TikTok @meyyy.photo memuat naik rakaman video mengenai dua situasi yang berlaku secara serentak iaitu hari perkahwinan dan kematian.

Majlis Kahwin & Kematian

Menerusi video tersebut, ia memperlihatkan suasana di sebuah majlis perkahwinan dan dalam masa yang sama terdapat beberapa orang lelaki dilihat sedang mengusung keranda.

Menurut pemilik video itu, dia merasa insaf apabila melihat dua situasi tersebut.

“Jodoh atau kematian? Sibuk fikir pasal jodoh padahal yang paling dekat dengan kita ialah kematian.

“Serius terus rasa insaf duduk dalam situasi ni, tengah-tengah shoot akad nikah dikhabarkan jiran pengantin meninggal, sedekahkan Al Fatihah untuk arwah,”  tulis lelaki itu dalam kapsyen videonya. 

Ketika dihubungi SK, dia memaklumkan bahawa jenazah tidak dibawa menggunakan van kerana kubur berdekatan dengan rumah jenazah.

BACA JUGA:Bau Busuk Dalam Kebun Getah, Rupanya Mayat

Ramai netizen sebak

Sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak lebih 300 ribu tontonan dan 30 ribu tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang insaf dan mengingat tentang dunia yang bersifat sementara. Hal ini kerana disaat kita memikirkan tentang jodoh tapi paling dekat dengan kita ialah kematian.

@meyyy.photo

Serius sero insaf smeta duk dale situasi ni….tgh2 shoot akad nikah dikhabarkan jiran pengantin meningggal…..sedekahkan al fatihah utk arwah #fypシ #Kelantan

♬ original sound – SHAFIQMANAN – SHAFIQMANAN

BACA JUGA: Kasih Seorang Anak, Tular Lelaki Lindung Ibu Dari Terik Panas Guna “Mortar Board”

Sumber: TikTok meyyy.photo

The post “Jodoh Atau Kematian?,” Dua Momen Suka & Duka Dirakam Buat Ramai Insaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*