Juara Taranum Peringkat Antarabangsa, Ini Latar Belakang Keluarga Qari Cilik Ahmad Azfar

latar belakang ahmad azfar

Juara Taranum Peringkat Antarabangsa, Ini Latar Belakang Keluarga Qari Cilik Ahmad Azfar

Baru-baru ini tular di media sosial, satu rakaman video seorang qari cilik Ahmad Azfar Azraie, yang berjaya menyentuh hati para juri khusunya Sheikh Ahmad Isa Al-Ma’syarawi menerusi bacaan al-Quran.

Difahamkan, perkara itu berlaku dalam Musabaqah Tilawah Al-Quran Mazamir Dawud Peringkat Antarabangsa 2022 di Algeria di mana Ahmad Azfar muncul johan bagi kategori bawah 15 tahun.

Rakaman video itu tular di TikTok, mempamerkan reaksi Sheikh Ahmad Isa Al-Ma’syarawi semasa Ahmad Azfar mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.

Ahmad Azfar yang juga merupakan anak kepada Qari terkenal, Ustaz Azraie Abdul Hak berjaya menambat hati warga maya dengan bacaannya dan ramai yang memuji bakat kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak yang berusia 10 tahun itu telah mendapat didikan awal melalui kedua ibu bapanya, yang telah mengajarnya untuk mengaji dengan bacaan berlagu atau bertaranum.

Punyai latar belakang qari dan qariah

Kredit: Instagram Azraie

Bagi yang tidak mengetahui, Ahmad Azfar datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang hebat dalam bertaranum.

Azraie dan isterinya, Sarrul-Munirah Haris pernah dinobatkan Johan Qari dan Qariah Tilawah al-Quran peringkat negeri Melaka pada 2021.

Pasangan tersebut telah menyertai kejohanan berkenaan sejak 20o3 dan itu merupakan kejuaraan keempat yang diraih oleh mereka.

Memetik media tempatan, Azraie berkata dia dan pasangan berkali-kali telah mewakili Melaka di peringkat kebangsaan.

Tetapi tiga daripada tahun perwakilan itu, dia muncul sebagai naib johan pada tahun 2008, 2017 dan 2018.

Pada 2018, Azraie muncul juara dalam kategori Tilawah pada Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-9 di Kuwait.

Dia turut mempunyai pengalaman dalam menyertai pertandingan Tilawah di Moscow, Turki dan Iran.

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Pasangan tersebut mempunyai juga merupakan guru Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang dan Pegawai Kader JAKIM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Kredit: Tangkap layar video

Ahmad Azfar mempunyai enam adik beradik dan kakaknya ‘Arifah Azraie, yang berusia 12 tahun mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) 2022.

Awal bulan lalu, satu rakaman video yang menunjukkan keluarga kecil Azraie membaca surah ad-Dhuha tular kerana alunan bacaan surah itu memikat hati orang ramai.

Bacaan surah ad-Dhuha itu dimulakan Azraie, seterusnya Munirah dan dua anaknya ‘Arifah dan Ahmad Azfar.

Video itu disiarkan kepada umum selepas orang ramai kagum dengan kebolehan Ahmad Azfar dalam taranum sehingga membuatkan Sheikh Ahmad Isa Al-Ma’syarawi menangis apabila mendengar alunannya.

Azraie berkata dia dan isterinya bersama-sama mengambil bahagian dalam mendidik anak untuk mahir bertaranum.

@wafieamin

Membalas kepada @syidameida Inilah wajah ahli keluarga adik Ahmad Azfar dari Malaysia yang dinobatkan sebagai juara qari antarabangsa Qatar beberapa hari lalu. MashaAllah #ahmadazfar #keluargaalquran #tilawahquran #salamramadhan #tiktokmalaysia #viral #fyp #tiktok #fypシ #islamic

♬ bunyi asal – @wafieamin – @wafieamin

Sumber: @wafieamin/TikTok, Awani, Melaka Hari Ini

BACA: Hanya Berlatih Taranum Dalam Kereta, Ini Rahsia Sofizah Mousin Johan Majlis Tilawah

The post Juara Taranum Peringkat Antarabangsa, Ini Latar Belakang Keluarga Qari Cilik Ahmad Azfar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*