Julia Roberts tiada DNA Roberts

WASHINGTON – Aktres Amerika Syarikat (AS), Julia Roberts terkejut apabila diberitahu bahawa nama keluarganya yang tekenal di dunia adalah tidak tepat, lapor laman berita Page Six.

Pelakon filem komedi Pretty Woman berusia 55 tahun itu membuat kemunculan dalam sebuah program televisyen keluaran syarikat Ancestry, Finding Your Roots baru-baru ini.

Julia diberitahu bahawa muitnya, Rhoda Suttle Roberts telah menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin selepas suami Rhoda, Willis Roberts meninggal dunia.

“Menggali ke dalam arkib Daerah Georgia, kami mendapat tahu bahawa pada tahun 1850-an, Rhoda berkahwin dengan lelaki bernama Willis Roberts.

“Julia membawa nama keluarga Willis, tetapi Willis meninggal dunia pada 1864, lebih sedekad sebelum Rhoda melahirkan moyang Julia, John. Ia membawa kesimpulan yang tidak dapat dielakkan,” kata hos rancangan tersebut, Dr. Henry Louis Gates Jr. 

Melalui arkib asid deoksiribonukleik (DNA) dan kerja genealogi, Gates mendapati Willis ‘tidak mungkin’ menjadi muit kepada Julia.

Julia yang kelihatan terkejut kemudian bertanya: “Tetapi adakah saya bukan Roberts?”

Gates berkata bahawa dia telah memeriksa DNA Julia dalam usaha untuk mencari padanan untuk muit kandungnya.

“Kami menemui beberapa padanan yang menghubungkan Julia dan sepupunya dengan seorang lelaki, Henry McDonald Mitchell Jr.,” kata profesor Universiti Harvard itu.

“Jadi, kami Mitchells?” Julia bertanya, dengan Gates kemudian mengesahkan bahawa dia memang Julia Mitchell.

Dalam pendedahan yang lebih memalukan, Gates berkata bahawa Henry telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Sarah dan mendapat enam anak sebelum dia bercinta dengan muit Julia, Rhoda.

“Ini adalah pendedahan yang sangat tidak dijangka,” tambah Julia. – Agensi

The post Julia Roberts tiada DNA Roberts appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*