Jumpa Malam Ini, Kita Tuntut Gencatan Senjata, Kutuk Penindasan Israel – PM Anwar

kutuk israel anwar

Jumpa Malam Ini, Kita Tuntut Gencatan Senjata, Kutuk Penindasan Israel – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai menyatakan pendirian tegas mengutuk pembantaian Zionis Israel ke atas Palestin sebagai satu pasukan yang berpadu dan utuh.

Pendirian berkenaan boleh diterjemahkan dengan menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam ini.

“Kita tuntut gencatan senjata, hentikan serangan, mudahkan bantuan kemanusiaan, noktahkan kezaliman, kesengsaraan dan penderitaan yang telah dialami selama ini. Jumpa malam nanti!” kata Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook beliau.

Seramai 10,000 orang dijangka hadir ke Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang dianjurkan bersama lebih 40 Pertubuhan Bukan Kerajaan antaranya Malaysian Humanitarian Aid And Relief (MAHAR) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Selain solat maghrib berjemaah, turut diadakan solat hajat dan munajat perdana untuk Gaza serta bacaan doa Qunut Nazilah.

Kemuncak program yang berlangsung dari 6 petang hingga 11 malam itu adalah ucapan Perdana Menteri.

Peserta digalakkan memakai baju berwarna putih serta mengibarkan bendera Palestin dan Jalur Gemilang sebagai tanda solidariti Malaysia kepada Palestin.

Perdana Menteri telah membawa suara Malaysia ke pentas dunia supaya masyarakat antarabangsa menoktahkan layanan kejam serta sikap hipokrasi terhadap rakyat Palestin semasa lawatan kerja ke Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) minggu lalu.

Beliau juga menegaskan perkara sama semasa pertemuan dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Istana Vahdettin, Istanbul pada Ahad dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Kaherah, semalam.

Sumber: BERNAMA

BACA: Anwar Bincang Konflik Palestin Dengan Liga Muslim Sedunia

The post Jumpa Malam Ini, Kita Tuntut Gencatan Senjata, Kutuk Penindasan Israel – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*