Kajian Dapati Individu Kerap “Up” Gambar Selfie Dengan Pasangan Mungkin Tak Sebahagia Disangkakan

kajian up gambar selfie pasangan

Kajian Dapati Individu Kerap “Up” Gambar Selfie Dengan Pasangan Mungkin Tak Sebahagia Disangkakan

Satu kajian yang dibuat sebelum ini mendapati bahawa pasangan yang kerap berkongsi gambar swafoto pasangan dan kisah cinta mereka di media sosial mungkin tidak sebahagia yang disangkakan.

Dapatan itu diperolehi melalui tinjauan yang dibuat oleh Shotkit melibatkan 2,000 pasangan yang berusia antara 18 hingga 50 tahun, lapor Majalah Relevant.

Kajian berkenaan dibuat bertujuan untuk mengukur tahap kebahagiaan pasangan dan tabiat mereka ketika di media sosial

Hasil kajian mendapati individu yang berkongsi tiga atau lebih hantaran gambar swafoto bersama pasangan setiap minggu didakwa 128 peratus kurang bahagia berbanding dengan individu yang tidak berbuat demikian.

Lebih teruk, hanya 10 peratus pasangan yang suka berkongsi gambar bersama pasangan di media sosial mengakui hubungan mereka ”cukup bahagia”.

Kajian dapati kerap up gambar selfie pasangan mungkin tak sebahagia disangkakan

Sedangkan, 46 peratus pasangan yang jarang berkongsi kehidupan peribadi termasuk pasangan di media sosial mengakui mereka ‘lebih bahagia”.

Berdasarkan hasil dapatan ini, pengkaji mencadangkan bahawa ‘masalah kepercayaan’ terhadap pasangan mungkin menyebabkan ‘pasangan yang tidak bahagia’ memilih untuk kerap berkongsi berkenaan pasangan mereka di media sosial.

Selain itu, alasan utama yang diberikan kenapa mereka kerap memuat naik gambar pasangan adalah untuk memaklumkan bahawa status diri sendiri atau pasangangan bahawa mereka sudah dimiliki.

Menariknya, hubungan mesra yang ditunjukkan di media sosial adalah lebih ketara dalam kalangan pengguna yang lebih berusia.

Secara purata, generasi milenial lebih cenderung untuk berkongsi hantaran swafoto ‘jiwang-jiwang’ bersama pasangan berbanding generasi lebih muda, Gen Z.

“Terdapat pelbagai pandangan yang berbeza-beza, sama ada kekerapan membuat hantaran mengenai pasangan memberi kesan terhadap hubungan.

”Kami jangkakan terdapat perbezaan ketara menerusi tinjauan yang dibuat, tetapi kami tidak tahu berapa peratusan perbezaannya. 128 peratus adalah angka yang agak besar,” kata Martin Steven dari Shotkit.

Martin bagaimanapun menegaskan mengakui berkongsi berkenaan pasangan di media sosial tidak lah semuanya buruk.

“Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa berkongsi berkenaan pasangan di media sosial adalah satu perkara yang tidak baik.

”Cuma dalam kes ini (hasil tinjaun), pepatah ‘indah khabar dari rupa’ adalah tepat. Kami berharap bahawa tinjauan ini memberikan sedikit pandangan dan mungkin idea untuk difikirkan orang ramai” jelasnya.

BACA: Guna Tapak “Mug”, Cara Mudah Nak Tajamkan Pisau Dapur Kalau Tak Ada Batu Asah

Sumber: Relevant Magazine

The post Kajian Dapati Individu Kerap “Up” Gambar Selfie Dengan Pasangan Mungkin Tak Sebahagia Disangkakan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*