Kanak-Kanak 12 Tahun Melecur, TNB Jalankan Siasatan Dalaman Kenal Pasti Punca Percikan Arka

Kanak-Kanak 12 Tahun Melecur, TNB Jalankan Siasatan Dalaman Kenal Pasti Punca Percikan Arka

Kanak-Kanak 12 Tahun Melecur, TNB Jalankan Siasatan Dalaman Kenal Pasti Punca Percikan Arka

Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian percikan arka di pencawang TNB di Sri Bayu, Bayan Lepas.

Menerusi hantaran di laman X (@Tenaga_Nasional), TNB memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyiasat punca bagi insiden yang menyayat hati itu.

“TNB mengambil maklum laporan insiden percikan arka yang melibatkan seorang remaja 12 tahun di pencawang TNB di Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.

“Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca sebenar kejadian,” tulis TNB dalam satu ciapan semalam.

TNB minta orang ramai jadi lebih sensitif, tidak menularkan video berkaitan insiden

Selain itu, TNB telah menzahirkan rasa simpati atas apa yang dilalui mangsa serta ahli keluarganya berikutan percikan arka itu.

Pada masa yang sama, orang ramai turut menyeru orang ramai untuk bersifat lebih sensitif dengan tidak menularkan video kejadian terbabit.

“TNB menyampaikan rasa simpati kepada mangsa dan keluarganya, dan berharap agar mangsa dapat menerima rawatan yang terbaik di hospital.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menularkan video kejadian bagi menghormati mangsa dan keluarga.”

Pada masa yang sama, TNB memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak memasuki kawasan pencawang elektrik.

“Kami ingin mengingatkan bahawa kawasan pencawang elektrik adalah kawasan larangan umum dan berbahaya.

“Orang ramai perlu mengelak dari memasuki kawasan ini tanpa kebenaran.” jelas TNB.

Semalam, sorang kanak-kanak lelaki melecur keseluruhan badan selepas terkena renjatan elektrik akibat tersentuh perkakasan elektrik di dalam bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Seri Bayu, Bayan Lepas.

Ketika itu, mangsa dikatakan sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakannya sebelum bola termasuk ke dalam kawasan bilik jana kuasa TNB itu dalam lingkungan 4.50 petang.

Menurut Bernama, operasi tersebut melibatkan 10 orang pegawai dan anggota bomba dan  tamat pada 5.43 petang.

BACA: Baru Perasan, Rekaan Bumbung Plaza Tol PLUS Rupanya Berbeza-beza, Ini Alasannya

Sumber: Tenaga Nasional Berhad via X, Bernama

The post Kanak-Kanak 12 Tahun Melecur, TNB Jalankan Siasatan Dalaman Kenal Pasti Punca Percikan Arka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*