Karnival Pendidikan MyUni 2023 Menjelajah Ke 11 Buah Negeri Di Seluruh Malaysia

Buat julung-julung kalinya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyokong penuh penganjuran Karnival Pendidikan MyUni 2023, siri jelajah pendidikan yang ditawarkan khas untuk Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kepada semua lepasan sekolah di seluruh negara.

Pada 15 April 2022 yang lepas, Iklanika Sdn Bhd, Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM), dan Mydin Mohamed Holdings Berhad telah memeterai memorandum persefahaman bagi menjayakan Karnival Pendidikan MyUni.

Mengikut data statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, 72.1 peratus atau 390,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berminat menyambung pelajaran selepas keputusan amat mengejutkan, sekali gus menimbulkan persoalan dan kebimbangan.

Media sebelum ini melaporkan, walaupun data berkenaan adalah dari tahun 2019, namun trend itu dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan untuk mereka ini melanjutkan pelajaran dan peluang ini tidak terdapat di negara maju.

Justeru, kami mohon bantuan dan komitmen daripada ibu bapa serta masyarakat untuk memberi gambaran lebih jelas kepada remaja hari ini, jika tidak meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi, ia satu kerugian untuk negara pada masa depan.

Dengan program inisiatif membantu meningkatkan minat pelajar untuk sambung belajar, Karnival Pendidikan MyUni adalah satu program kerjasama dan sokongan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Penganjuran Karnival Pendidikan MyUni bertujuan membantu lebih ramai pelajar dan lepasan sekolah mendapat maklumat mengenai hala tuju, minat, bidang bersesuaian dan peluang yang ditawarkan IPTS yang mengambil bahagian.

Siri jelajah satu Malaysia yang membabitkan 11 negeri ini amat membantu para pelajar terutamanya lepasan SPM dan STPM untuk berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa karnival ini berlangsung. Mereka juga boleh mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Pendekatan bersemuka diantara pihak Institusi Pendidikan Tinggi dengan pelajar lebih berkesan untuk menjawab segala kemusykilan pelajar dan ibubapa. Agensi-agensi yang berkaitan seperti PTPTN dan MQA turut membuka booth bagi pelajar mendapatkan informasi yang tepat daripada dua agensi ini.

Karnival Pendidikan MyUni ini mempunyai dasar dan matlamatnya yang tersendiri yang mana matlamat utamanya ialah menarik minat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti atau kolej. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat lebih ramai anak-anak kita mengambil peluang untuk menambah ilmu, memajukan diri melalui IPTA dan IPTS seluruh negara.

Institusi-institusi yang menawarkan kursus-kursus teknikal seperti TVET juga turut serta dalam Karnival Pendidikan MyUni ini. Ini juga seiring dengan hasrat pihak kementerian untuk memperkasakan lagi program TVET yang menekankan aspek High Tech, High Art dan High Touch. Karnival Pendidikan MyUni pada tahun ini akan berlangsung bermula pada 10 dan 11 Jun ini di Mydin Meru Raya, Perak dan di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Seterusnya pada 17 dan 18 Jun di Johor, dan di Mydin Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada 24 dan 25 Jun di Amanjaya Mall, Sungai Petani,Kedah dan di Kuantan City Mall, Pahang, selepas itu pada 8 dan 9 Julai di Mydin Tunjong, Kelantan dan di Mydin Gong Badak, Terengganu.

Kemudian Karnival MyUni akan menjelajah ke Imago Shopping Mall, Sabah, dan Mydin Petra Jaya Kuching Sarawak pada 15 dan 16 Julai 2023. Selepas itu, pada 22 dan 23 Julai 2023 pula akan berlangsung di Mydin USJ, Subang Jaya Selangor. Karnival Pendidikan MyUni ini juga akan terus berlangsung sehingga 10 Disember tahun ini.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan sepanjang Karnival Pendidikan MyUni berlangsung antaranya Cabutan Bertuah untuk semua pengunjung, pertandingan mewarna, dan persembahan pelajar dari sekolah-sekolah yang terlibat. Melalui penganjuran karnival ini, MyUni komited untuk terus memainkan peranan yang aktif dalam arus perdana pendidikan tinggi negara dengan menyediakan akses ke pendidikan tinggi kepada kelompok B40 khususnya yang tidak mendapat tempat di institusi pendidikan tinggi awam.

MyUni juga berharap inisiatif ini dapat membantu lebih banyak IPTS Bumiputera khususnya yang bersaiz sederhana dan kecil menyertai karnival pendidikan sekali gus mempromosikan program-program pengajian yang ditawarkan sama ada di peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran.

 

Mydin Mohamed Holdings Berhad, sebuah syarikat perniagaan runcit dan borong terbesar di Malaysia yang mempunyai jenama yang kukuh pula akan menyokong usaha murni MyUni untuk membantu lebih ramai lepasan sekolah khususnya dalam keluarga B40 yang tidak ditawarkan tempat di institusi pendidikan tinggi awam, mendapat peluang pendidikan tinggi yang berkualiti.

Menerusi usaha murni ini, Mydin Mohamed Holdings Berhad juga bersedia menjalinkan kerjasama yang bersesuaian dengan MyUni untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan tinggi dalam kalangan masyarakat dan membantu mempromosi peluang pendidikan yang ditawarkan 54 ahli persatuan yang terdiri daripada universiti, kolej universiti dan kolej kepada masyarakat.

Bagi Karnival Pendidikan MyUni 2023, pasar raya besar Mydin menjadi lokasi penganjuran utama dimana 7 daripada 11 siri jelajah iaitu di Mydin Meru Raya Perak, Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang, Mydin Seremban 2 Negeri Sembilan, Mydin Tunjong Kelantan, Mydin Gong Badak Terengganu, Mydin Petra Jaya Sarawak, dan Mydin USJ Subang Jaya Selangor.

Iklanika Sdn Bhd yang berpengalaman lebih sedekad dalam penganjuran karnival pendidikan juga telah berkerjasama dengan pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad secara eksklusif dengan menjadikan pasar raya besar sebagai lokasi penganjuran pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai karnival ini, sila layari laman sesawang Karnival Pendidikan MyUni di www.edufair.myuni.com.my atau hubungi talian 03 6187 6977 / 011 1255 7853.

 

The post Karnival Pendidikan MyUni 2023 Menjelajah Ke 11 Buah Negeri Di Seluruh Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*