KBS Bantu Adik Muhammad Aqil Naufal Zahiran

Aqil Naufal Zahiran

Baru-baru ini tular sebuah klip video yang memaparkan Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11 tahun, beliau berupaya sampai ke garis penamat dalam perlumbaan 100 meter dengan menggunakan tongkat semasa menyertai Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas di Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023. Usaha adik Muhammad Aqil mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan beliau akan berusaha membantu adik Muhammad Aqil menyertai lebih banyak aktiviti sukan pada masa akan datang.

“Saya telah melihat usaha adik Muhammad Aqil menamatkan lariannya. Ini adalah mentaliti seorang juara. Tiada alasan untuk tidak bertanding. Tiada alasan untuk tidak bersaing dalam perlumbaannya dan beliau telah membuktikannya dan melakukan yang terbaik dengan keadaannya,” katanya.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Sukan Negara (ISN) telah membuat persiapan untuk bertemu dengan pakar prostetik minggu ini bersama keluarga adik Muhammad Aqil.

Adik Muhammad Aqil, pelajar Program Pendidikan Inklusif Penuh (PPI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Lepar Utara 1, telah dipotong kaki kirinya pada 2015 akibat jangkitan kuman.

“Adik Muhammad Aqil mempunyai pemikiran seorang juara. Ini adalah mentaliti yang diperlukan, seperti yang diterapkan dalam inisiatif Road to Gold. Saya menghargai usaha dan menyanjungi adik Muhammad Aqil. Kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu dirinya menjadi yang terbaik.”

The post KBS Bantu Adik Muhammad Aqil Naufal Zahiran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*