Kebaikan Menjadi Seorang ‘Bilingual’, Senaman Untuk Otak

Kebaikan Menjadi Seorang ‘Bilingual’, Senaman Untuk Otak

Sebelum ini, orang ramai menganggap bahawa menjadi bilingual atau seseorang yang boleh bercakap lebih daripada dua bahasa, merupakan sesuatu yang buruk.

Namun, kita semua salah. Kerana, menurut Profesor Li Wei dari Institut Pendidikan UCL, mempelajari bahasa baharu merupakan senaman untuk minda kita.

“Ia ibarat kita pergi ke gim setiap hari secara mental,” katanya.

Tambahnya, “Dalam otak seseorang bilingual semua bahasa kita adalah aktif, semua pada masa yang sama.

“Usaha berterusan untuk menahan satu bahasa ketika bercakap dengan bahasa yang lain, serta cabaran mental apabila menukar-nukar bahasa yang digunakan, menjadi senaman untuk otak kita,” katanya.

Menurutnya juga, ia dapat meningkatkan daya tumpuan, kemahiran menyelesaikan masalah, menguatkan ingatan dan terus meningkatkan kreativiti kita.

Kini, orang ramai dapat menerima bahawa menjadi bilingual ini mempunyai banyak faedahnya.

Satu kejayaan yang penting pada tahun 2007 di Toronto, apabila Ellen Bialystok dan kumpulannya membuat satu penemuan yang menggegarkan komuniti saintifik yang mempunyai implikasi dunai nyata yang besar.

Menurut Dr. Thomas Bak, seorang neurosaintis dari Universiti Edinburgh, “Ini merupakan kajian pertama yang mencadangkan individual bilingual, iaitu seseorang yang boleh bercakap lebih daripada satu bahasa, mengalami demensia empat hingga ke empat tahun setengah lebih lambat daripada orang yang hanya menggunakan satu bahasa.

“Ini adalah satu pengesahan yang kuat tentang idea simpanan kognitif,” kata Dr. Thomas.

Apa Itu Simpanan Kognitif?

Simpanan kognitif merupakan idea bahawa manusia mempunyai atau membangunkan satu simpanan kebolehan untuk berfikir, dan ini dapat melindungi mereka daripada apa-apa kehilangan yang boleh berlaku disebabkan penuaan dan penyakit.

Ia juga dapat melambatkan permulaan demensia, seseorang yang bilingual telah menunjukkan bahawa mereka pulih dengan lebih baik selepas mengalami strok.

Mempelajari perkara-perkara yang baharu dapat membantu membina simpanan kognitif. Tetapi, ada sesuatu yang istimewa dengan bahasa.

“Bahasa merupakan sesuatu yang kompleks dan meluas. Ia mempengaruhi idea dan konsep, persepsi, bunyi yang berbeza.

“Semakin kompleks sesuatu kemahiran itu, semakin besar kemungkinan untuknya memberi kesan positif pada simpanan kognitif,” kata Dr. Thomas.

Bilakah Masa Sesuai Untuk Belajar Bahasa Baharu?

“Otak merupakan satu set rangkaian saraf yang kompleks. Apabila anda mempelajari bahasa ketika anda masih seorang kanak-kanak, anda membina rangkaian baharu.

“Tetapi, apabila anda mempelajari bahasa di kemudian hari, anda perlu mengubah rangkaian yang sedia ada dan membuat lebih banyak sambungan.

“Ini kerana, mempelajari bahasa di kemudian hari akan menjadi lebih mencabar, faedahnya pula menjadi lebih baik,” kata Profesor Lie Wei.

Tetapi, satu kajian di Great Ormond Street mencadangkan bahawa jawapan yang diberi itu hanyalah sebahagian daripadanya.

Kajian Great Ormond Street

Menurut Dr. Frederique Liegeois, “Jadi kami membawa tiga kumpulan kanak-kanak berumur 8 hingga 10 tahun. Sekumpulan kanak-kanak merupakan monolingual.

“Sekumpulan lagi mempunyai pendedahan awal bahasa Yunani (Greek) dan bahasa Inggeris sejak lahir. Mereka merupakan kumpulan bilingual awal.

“Kumpulan terakhir pula mempunyai pendedahan kepada bahasa Inggeris pada umur dua hingga lima tahun. Ini merupakan kumpulan bilingual lewat,” katanya.

Kajian yang dilakukan oleh mereka itu dilakukan melalui cara yang tidak pernah lagi digunakan oleh orang lain. Iaitu dengan meminta kanak-kanak itu baring dalam pengimbas tanpa buat apa-apa dan terus merenung tanda salib.

Sesuatu yang mengujakan mereka ketika mereka mengukur aktiviti otak kanak-kanak tersebut, mereka mendapati bahawa kumpulan kanak-kanak bilingual awal mempunyai ketersambungan yang kuat dalam rangkaian ketika berehat.

Dan kumpulan bahagian-bahagian ini merupakan bahagian yang menyala apabila kita tidak membuat apa-apa dan hanya melayangkan fikiran.

Ia seperti pergi ke gim setiap hari, otot kita akan kelihatan lebih besar apabila sedang berehat. Sama juga seperti otak anda yang tersambung dengan lebih baik semasa berehat, kerana anda mempelajari bahasa dari awal.

Ini merupakan sesuatu yang tidak pernah ditemui lagi.

Tambahan pula, menurut Profesor Antonella Sorace, satu kesan tingkah laku bilingual yang kurang dikenali dalam kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa ialah keupayaan untuk melihat perspektif orang lain, atau memahami bahawa ada kemungkinan untuk mempunyai sudut pandangan yang berbeza.

Kata Dr. Thomas pula, kajian terbaru mendapati bahawa kita lebih cenderung untuk memberikan reaksi yang menggunakan emosi dengan bahasa pertama dan bertindak lebih rasional dan abstrak dengan bahasa yang kedua.

Cara ia dijelaskan secara kebiasaannya adalah, bahasa pertama merupakan bahasa yang kita gunakan bersama keluarga dan rakan-rakan. Manakala bahasa kedua pula digunakan dipelajari di sekolah, universiti dan tempat kerja.

Kebaikan Bilingual

Kebaikan bilingual bukan sahaja untuk otak kita, malah, menurut Antonella Sorace, “Mempelajari lebih daripada satu bahasa sangat penting, bukan saja secara individu, tetapi untuk masyarakat juga,”

Professor Li Wei pula berkata, “Belajar bahasa baharu boleh membukakan pintu kepada pengalaman budaya yang baharu, peluang dalam hidup,”

“Orang yang berbeza, komuniti yang berbeza dan pandangan melihat dunia yang berlainan,” kata Dr. Thomas Bak.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila seseorang itu mempelajari bahasa lain, selain daripada bahasa Melayu. Jadi, jangan takut untuk belajar bahasa-bahasa lain juga!

Sumber: BBC

BACA JUGA: Dalam Islam, Adakah Dibenarkan Untuk Hias Kubur? Ini Penjelasan UAI Berkaitan Hukumnya

 

The post Kebaikan Menjadi Seorang ‘Bilingual’, Senaman Untuk Otak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*