Kekasih Minta “Break” Dan Menghilang, Lelaki Nekad Fail Saman Lebih RM500K

fail saman lebih RM500k

Kekasih Minta “Break” Dan Menghilang, Lelaki Nekad Fail Saman Lebih RM500K

Seorang lelaki warga Belanda nekad memfailkan saman sebanyak 4 juta baht (RM509, 611) daripada bekas kekasih dari wilayah Sakhon Nakhon di timur laut Thailand kerana meninggalkannya, lapor Thaiger.

Difahamkan, wanita tersebut telah memperdayanya untuk minta menghantar wang berjuta-juta baht bagi mendapatkan tanah dan rumah sebelum bertindak meninggalkannya.

Bagaimanapun, wanita Thailand itu mengatakan bahawa lelaki Belanda berkenaan yang bersalah kerana memulakan hubungan dengannya sedangkan dia sudah berkahwin dengan wanita lain.

Fail saman lebih RM500k

Semalam, lelaki yang berusia 62 tahun itu, mengunjungi Mahkamah Wilayah Udon Thani bersama peguam terkenal, Kirssada “Nobi” Lohitdee untuk memfailkan saman terhadap bekas wanitanya.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Lelaki Belanda itu mendakwa wanita tersebut menipunya untuk memikirkan supaya pasangan itu akan mempunyai masa depan bersama.

Memetik Thaiger, lelaki tersebut telah menjual rumahnya di Belanda dan menghantar wang berjumlah 5 juta baht secara keseluruhan kepada teman wanitanya.

Suatu hari, wanita terbabit telah berkeputusan untuk memutuskan hubungan dengan lelaki itu, bertukar pekerjaan dan berpindah wilayah.

Meskipun percintaan pasangan tersebut telah berakhir, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia tidak pernah mendapatkan wangnya kembali.

Kongsi kisah di akaun TikTok

Pada sebulan yang lalu, lelaki tersebut memuat naik video di TikTok untuk menceritakan kisahnya.

Gambar: Thaiger

“Apa yang saya akan ceritakan kepada anda semua adalah kisah benar. Saya bertemu seorang wanita dari Sakhon Nakhon melalui Thai Cupid,” katanya.

“Kami berbual dan kemudian bertemu di wilayah Udon Thani, tempat dia bekerja. Dia mula bercakap tentang masa depan kami. Saya membelikan dia rantai emas dan merancang perkahwinan kami.” katanya lagi.

Menerusi video tersebut, lelaki itu berkata bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli tanah dan rumah di Udon Thani, jadi dia telah menjual rumahnya di Belanda dan menghantar wang itu kepadanya.

“Saya tidak dapat pergi ke Thailand dari 2020 hingga 2021 kerana pandemik tetapi saya terus menghantar wang kepadanya sehingga saya kehabisan wang,” katanya.

“Saya terpaksa meminjam wang daripada bank dan keluarga saya kerana dia berjanji akan memulangkan wang itu,” katanya.

“Saya mencuba segala-galanya untuk rumah dan tanah kami tetapi saya tidak mendengar khabar daripadanya selepas itu,” ujarnya.

Lelaki itu berkata, teman wanitanya tidak memulangkan wang, menukar pekerjaan dan berpindah ke wilayah lain.

“Saya terkejut dan mempunyai masalah besar dengan keluarga dan bank saya,” katanya lagi.

Sementara itu, bekas teman wanitanya mendakwa bahawa lelaki tersebut keterlaluan, dia hanya menghantar 300,000 (RM38,066) hingga 400,00 baht (RM50,755).

Jelasnya, wanita terbabit mendakwa dia yang tertipu. Dia meninggalkan lelaki tersebut apabila mendapat tahu bahawa lelaki itu sudah berkahwin dengan wanita lain.

Pada 4 Februari, peguam membantu lelaki tersebut memfailkan kes penipuan dengan memberikan slip bank dan video sebagai bukti di Balai Polis Ban Dung.

Wanita yang didakwa telah dipanggil untuk mengakui tuduhannya pada 14 Februari tetapi dia tidak memunculkan diri.

Susulan itu, polis akan memanggilnya semula pada 28 Februari ini. Bagi pertuduhan, polis belum mengesahkan dengan tepat pertuduhan yang difailkan terhadap wanita itu.

“Saya mahu kes ini menjadi contoh kepada rakyat Thailand supaya tidak bertindak sedemikian, terutamanya dengan warga asing,” kata peguam Nobi.

“Ia merosakkan reputasi Thailand,” katanya.

Lelaki tersebut berkata dia akan tinggal di Thailand sehingga akhir bulan dan kemudian terbang semula ke Belanda sehingga kes tersebut disebut semula.

Menurut polis Thailand, terdapat lebih 400 penipuan percintaan yang dilaporkan pada Januari.

Sumber: Thaiger

The post Kekasih Minta “Break” Dan Menghilang, Lelaki Nekad Fail Saman Lebih RM500K appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*