Kenali ‘Azan Magrib’, Lelaki Paling ‘Ditunggu-tunggu’ Ketika Ramadan Di Indonesia

azan magrib indonesia

Kenali ‘Azan Magrib’, Lelaki Paling Ditunggu-tunggu Ketika Ramadan Di Indonesia

Nama yang diberikan kepada setiap manusia mempunyai maksud yang tersendiri, sama ada maksud yang ada di nama-nama buku atau makna di sebalik pemilihan nama dari kisah penceritaan ibu bapa.

Boleh dikatakan nama memainkan peranan penting dalam hidup, kerana ia melambangkan keperibadian selain perwatakan seseorang.

Pun begitu, pemberian nama yang unik sememangnya akan mendapat perhatian umum kerana ia adalah perkara yang jarang dijumpai.

Pemuda Azan Magrib

Kredit: Banjarmasin Post

Seperti kisah pemuda bernama Azan Magrib, yang menjadi perbualan hangat di seluruh Indonesia di media sosial susulan namanya serupa seperti azan yang berkumandang pada waktu Maghrib.

Sebelum ini, salinan kad pengenalan Azan Magrib telah tersebar di Facebook dan juga di kumpulan WhatsApp, di mana hantaran itu sering dikongsi kepada pada orang ramai sehingga menjadi tular.

Azan Magrib yang merupakan penduduk di wilayah Kalimantan Selatan, menjadi terkenal kerana disebut sebagai orang yang sentiasa dinanti-nantikan ketika umat Islam menjalankan ibadah puasa.

Bagi merungkai segala persoalan, Azan Magrib bercerita mengenai asal usul namanya kepada umum supaya ramai yang jelas mengenai kisahnya.

Jelasnya, dia merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik, namun hanya ‘Azan Magrib’ sahaja yang mempunyai bunyi yang unik berbanding nama yang lain.

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Nama diberi mengikut waktu kelahirannya…

Kredit: BERNAMA

Azan Magrib menceritakan ibu bapanya memberi nama tersebut kerana kelahirannya sewaktu di Lombok, Nusa Tenggara Barat dahulu diiringini alunan azan Maghrib yang berkumandang.

“Saya tanya ibu bapa kenapa nama saya mesti Azan Magrib, tidak seperti adik-beradik saya.

“Mak saya kata itu nama yang terbaik untuk awak (Azan Magrib),” kata bapa kepada tiga anak itu yang bekerja di sebuah syarikat.

Azan Magrib sering bertanyakan soalan itu kepada ibu bapanya susulan rakan-rakannya pernah bergurau mengenainya ketika kali pertama berjumpa.

Persoalan itu sering bermain di fikirannya susulan namanya dikategorikan sebagai jarang ditemui yang membuatkan rasa ingin tahu dalam kalangan ramai itu tinggi.

Abang-abangnya meninggal dunia pada waktu Maghrib…

Namun di sebalik keunikan itu, nama tersebut juga mempunyai detik pilu terhadap dirinya. Semua abangnya dilapor meninggal dunia ketika azan Maghrib.

Nama yang pada asalnya hanya membawa makna kelahiran, kini bertukar membawa 1,000 maksud dalam hidupnya.

Ditanya sama ada ia adalah kebetulan atau tidak, Azan Magrib tidak dapat mengesahkan perkara itu tetapi yang pasti hanya pengajaran yang dapat diambil daripada kisah yang berlaku.

Dalam pada itu, Azan Magrib turut menceritakan kisah di mana dia ditahan oleh polis sewaktu sekatan jalan raya.

Walaupun dokumen yang diberikan itu lengkap, tetapi polis tetap mahu Azan Magrib turun dari kereta. 

“Wah, awak ni yang tular di media sosial, kita bergambar dahulu,” kata polis.

Azan Magrib hanya menuruti perintah tersebut sambil tersenyum lebar melihat telatah polis itu sebelum menangkap gambar.

Ternyata, nama unik memberikan seseorang itu pengalaman baharu dalam hidup. Oleh itu, sekiranya mempunyai nama yang lain daripada yang lain, janganlah berasa kecil berbanding yang lain.

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, kalau tidak sekarang kemungkinan pada masa hadapan kelak.

Sumber: Tribun News

BACA: Bapa Letak Nama Unik Dua Beradik, ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’ & ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’

The post Kenali ‘Azan Magrib’, Lelaki Paling ‘Ditunggu-tunggu’ Ketika Ramadan Di Indonesia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*