Kenali “Gauze”, Fabrik Diguna Dalam Perubatan Untuk Balut Luka, Dipercayai Berasal Dari Gaza

Kenali “Gauze”, Fabrik Diguna Dalam Perubatan Untuk Balut Luka, Dipercayai Berasal Dari Gaza

Sepanjang peradaban manusia, banyak inovasi berjaya dihasilkan yang memberi manfaat kepada kehidupan sehingga ke saat ini.

Ada inovasi yang dihasilkan ratusan atau ribuan tahun dahulu masih bertahan dan digunakan oleh manusia moden. Salah satunya adalah gauze fabric ataupun disebut sebagai kain kasa.

Kain kasa ini boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk. Selain itu, ia juga digunakan di dalam dunia perubatan secara meluas, salah satunya untuk membalut (dressing) luka.

Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa kain kasa ini sebenarnya dipercayai berasal dari Gaza, Palestin. Jadi kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda serba sedikit sejarah hadiah ‘pemberian’ Gaza kepada dunia ini.

Asal usul kain kasa

Menurut pengkaji, kain kasa boleh ditemui seawal kurun ke-13 dan dipercayai berasal dari kawasan di Timur Tengah, lebih tepat lagi di wilayah Gaza.

Pada tempoh berkenaan, Gaza merupakan salah satu wilayah terkenal mengeluarkan kain kasa. Fabrik ini mula mendapat tempat dalam masyarakat dunia apabila ia dibawa ke Eropah.

Dalam pada itu, berdasarkan portal Britannica, nama gauze sendiri dipercayai berasal daripada perkataan Gaza. Dalam pendapat yang berbeza, gauze dipercayai berasal daripada perkataan Arab dan Parsi iaitu ‘Qazz’. Perkataan tersebut membawa maksud sutera mentah.

Menurut portal Green Nettle Textile, pendapat itu diberikan kerana sutera merupakan bahan terawal yang digunakan oleh penduduk di Gaza untuk menenun kain kasa.

Bagaimanapun, seiring peredaran zaman dan sutera menjadi semakin mahal, penenun beralih kepada kapas untuk menghasilkan kasa.

Penghasilan kain kasa yang ditenun menggunakan kapas kekal sehingga ke hari ini dan menjadi pilihan utama kerana kosnya yang lebih rendah.

Pada hari ini, ada juga kain kasa yang dihasilkan daripada bahan sintetik.

Kain kasa untuk membalut luka

Fizikal kain kasa yang sangat breathable menjadikan fabrik ini ideal untuk digunakan sebagai penyaring dan penapis.

Walau bagaimanapun penggunaan kain kasa menjadi lebih terkenal apabila mula diaplikasikan dalam dunia perubatan. Kualiti yang ada pada kain kasa menjadikan fabrik ini sangat sesuai digunakan sebagai pembalut luka.

Kerana tekstur kain kasa yang sangat lembut dan membenarkan pengudaraan yang baik, fabrik ini dikatakan tidak akan menyebabkan kawasan luka mengalami iritasi.

Selain bermanfaat dalam dunia perubatan, kain kasa juga digunakan secara meluas dalam penghasilan pakaian.

Sumber: Britannica, Green Nettle Textile, Fabric Lore

The post Kenali “Gauze”, Fabrik Diguna Dalam Perubatan Untuk Balut Luka, Dipercayai Berasal Dari Gaza appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*