Keputusan SPM 2022 Bakal Diumum Pada 8 Jun 

keputusan spm 2023

Keputusan SPM 2022 Bakal Diumum Pada 8 Jun 

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 bakal diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis).

KPM berkata, calon boleh memperolehi keputusan peperiksaan SPM tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Jelas KPM lagi, bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Di samping itu, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

Semakan Secara Atas Talian/ Pesanan Ringkas (SMS)

“Semakan secara dalam talian boleh dilakukan di pautan myresultspsm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 mulai 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga jam 6.00 oetang pada 14 Jun 2023.

“Bagi secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023,” maklum KPM dalam satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA: KPM Nafi Keputusan SPM 2022 Diumum 25 Mei Ini

Seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

Sehubungan itu, KPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon SPM tahun 2022.

Keputusan SPM 2021 Diumumkan Pada 16 Jun 2022

Terdahulu, seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.

Dalam sidang media pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021, beliau berkata Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

GPN pada 2020 adalah 4.80, 4.86 pada 2019, 4.89 (2018), 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

“Sebanyak 55.29 peratus calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran,” katanya.

Nor Zamani berkata calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah 336,630 iaitu 88.09 peratus daripada 407,097 calon yang mendaftar.

“Calon yang layak menerima sijil mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya serta menambah seramai 975 atau 69.10 peratus daripada 1,411 calon berkeperluan khas (CBK) yang menduduki SPM 2021 juga layak mendapat sijil,” katanya.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

The post Keputusan SPM 2022 Bakal Diumum Pada 8 Jun  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*