Kerajaan Perpaduan: Terima Kasih Ahmad Zahid, Abang Jo – PM Anwar

kerajaan perpaduan

KERAJAAN PERPADUAN: TERIMA KASIH AHMAD ZAHID, ABANG JO – PM ANWAR

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam peranannya memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Pakatan Harapan itu mengakui beliau dan Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO sering kali “diserang” ketika proses rundingan selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“Tapi saya nak beritahu kalaulah tidak kerana komitmen Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO, dan dukungan Ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tertutup. Jadi kita juga harus iktiraf peranan beliau dan UMNO.

Juga kalau daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri, dalam keadaan kritikal itu, Premier Sarawak Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menjadi faktor penentunya,” katanya dalam Amanat Perdana Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di sini hari.

Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar memiliki sokongan daripada 148 Ahli Parlimen ketika ini, dengan 30 daripadanya merupakan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional.

Konvensyen berkenaan dihadiri lebih 3,500 undangan daripada 19 parti yang membentuk kerajaan.

Sumber: Bernama

The post Kerajaan Perpaduan: Terima Kasih Ahmad Zahid, Abang Jo – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*