Kes Covid-19 bawah 50, Melaka belum wajibkan pelitup muka

MELAKA – Kerajaan negeri akan terus memantau peningkatan kes Covid-19 di negeri ini sebelum memutuskan untuk mewajibkan semula pemakaian pelitup muka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, setakat ini peningkatan kes Covid-19 masih terkawal dan dalam tempoh seminggu yang lalu bilangan kes masih di bawah 50 kes.

Menurutnya, sebagai langkah awal beliau menggalakkan orang ramai termasuk pelancong yang datang ke negeri ini untuk memakai pelitup muka khususnya di tempat tumpuan orang ramai.

“Semalam sebanyak 28 kes dilaporkan dan sepanjang tempoh seminggu yang lalu bilangan kes tidak melebihi 50 kes kerana ada kes dilaporkan ada 19 dan ada 30 lebih.

“Jadi pada masa ini kita memantau peningkatan bilangan kes setiap hari dan Exco berkaitan akan membuat laporan setiap minggu pada mesyuarat Exco,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Monumen Bendera Gergasi di padang kawad Rejimen 514 Askar Wataniah, Kem Bukit Beruang di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, pembinaan Monumen Bendera Gergasi setinggi 166 meter dari aras laut di Hutan Simpan Bukit Beruang bakal menjadi mercu tanda tarikan pelancong di negeri ini.

“Saya harap mercu tanda ini yang akan siap dibina pada 2025 akan menjadi saksi meninjau pertumbuhan dan kemakmuran ekonomin dari puncak Bukit Beruang,” ujarnya.

The post Kes Covid-19 bawah 50, Melaka belum wajibkan pelitup muka appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*