KK Super Mart Mohon Maaf, Hentikan Jualan Stoking Tular

kk super mart stoking

KK Super Mart Mohon Maaf, Hentikan Jualan Stoking Tular

Rangkaian kedai serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. telah tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan penjualan stoking yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam hantaran hantaran yang ditujukan khususnya buat pelanggan yang beragama Islam, KK Super Mart turut memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“KK Super Mart ingin memohon maaf di atas kesilapan penjualan stokin berjenama Miranosock di cawangan KK Super Mart di Bandar Sunway pada hari ini.” tulisnya dalam kenyataan yang dimuat naik semalam.

Sehubungan itu, KK Super Mart menzahirkan rasa kesal dan mengambil serius atas perkara ini. Pihaknya juga bertindak memberhentikan jualan stoking itu serta merta.

“Kami kesal dan memandang serius akan insiden ini. Tindakan serta merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stokin tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga menjelaskan bahawa produk tersebut merupakan produk  ‘consignment’ daripada pihak vendor.

“Kami juga sudah berhubung dengan pihak vendor untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

“KK Super Mart juga berterima kasih di atas keprihatinan warga umum yang telah menegur dan memberi komen terhadap isu ini. Sekali lagi, kami memohon maaf dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi,” ujarnya.

Stoking tersebut telah diimport dari China

Dalam hantaran tersebut, KK Super Mart turut berkongsia kenyataan daripada pihak vendor yang membekalkan stoking tersebut.

“Kami dari Syarikat, Xin Jian Chang Sdn Bhd merupakan vendor yang membekalkan produk stokin berjenama MiranoSock kepada KK Super Mart,” tulis Xin Jian Chang Sdn Bhd menerusi satu surat kiriman rasmi pada 13 Mac 2024.

Syarikat itu menyatakan perasaan kesal  dan mengakui kesilapan yang dilakukan pihaknya kerana tidak menjalankan pemeriksaan dengan teliti.

Mereka juga menjelaskan bahawa stoking berkenaan telah dimport dari China.

“Kami memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam khususnya dan kepada Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd amnya.

“Kami akan lebih berhati-hati dan sensitif pada masa akan datang,” jelas syarikat berkenaan.

Sebelum ini, tular sebuah hantaran foto di Facebook milik Firdaus Wong yang memaparkan stoking yang didakwa tertera kalimah Allah dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

BACA: Rindu Suasano Kelate? Secret Recipe Tawar Menu Istimewa Ramadan Untuk Ubati Rindu Anda

Sumber: KK Super Mart via Facebook

The post KK Super Mart Mohon Maaf, Hentikan Jualan Stoking Tular appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*