Klinik Masjid Al-Aqsa Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Dilapor Musnah 

Klinik Masjid Al-Aqsa

Klinik Masjid Al-Aqsa Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Dilapor Musnah 

Klinik Masjid Al-Aqsa yang dibina hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia dilapor hancur musnah dalam serbuan yang dilakukan oleh polis Israel baru-baru ini.

Berita itu telah dikongsikan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM) menerusi ciapan mereka di Twitter rasmi badan bukan kerajaan tersebut.

Klinik Masjid al-Aqsa hasil sumbangan rakyat Malaysia hancur musnah. Allahuakbar sedihnya tengok Marah.

“Itu sahaja yang mampu min cakap. Hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui CGM hancur macam tu sahaja,” tulis ciapan Twitter badan NGO tersebut. 

Kredit Twitter

Menerusi ciapan berserta video itu, jelas dapat dilihat bahawa keadaan klinik tersebut telah hancur teruk ekoran daripada serbuan berkenaan.

Kredit Twitter

Polis Israel pada Rabu telah menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki untuk malam kedua berturut-turut dan menyerang jemaah Palestin.

Menurut laporan media, tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli selepas solat tarawih, melepaskan bom tangan dan memukul jemaah Palestin.

Terdahulu, pada awal Rabu, polis Israel menyerang penduduk Palestin di dalam dewan solat dan menahan kira-kira 350 jemaah.

Dalam kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada hari ini menyatakan bahawa tindakan tentera Israel itu menyalahi undang-undang. Ia juga mencabuli hak asasi manusia Palestin serta kesucian masjid itu.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), supaya rejim Israel bertanggungjawab ke atas jenayah keji itu dan mereka segera membebaskan semua tahanan Palestin,” menurut kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin cedera dan ratusan yang lain telah ditahan.

Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu tentera rejim Israel terhadap jemaah dan pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa itu.

Masyarakat antarabangsa mesti menuntut rejim Israel untuk segera menghentikan sebarang tindakan provokatif demi keamanan dan kestabilan.

“Malaysia teguh berdiri dan bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak Suci Umat Islam,” menurut kenyataan itu.

Malaysia berpegang teguh dengan pendiriannya selama ini bahawa rakyat Palestin berhak mendapatkan sebuah negara yang merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967. Baitulmaqdis Timur diiktiraf sebagai ibu negara bagi Palestin.

Sumber: Cinta Gaza Malaysia via Twitter

The post Klinik Masjid Al-Aqsa Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Dilapor Musnah  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*