fbpx

Klopp Percaya Seri Dengan United Punca Liverpool Hilang Momentum

klopp seri united

Klopp Percaya Seri Dengan United Punca Liverpool Hilang Momentum

Selepas tewas kepada Crystal Palace di Anfield semalam, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp percaya keputusan seri lawan Manchester United menjadi punca Liverpool hilang momentum dalam perebutan kejuaraan kebelakangan ini.

Beliau juga percaya, peluang untuk menjuarai Liga Inggeris semakin sukar ketika ini dengan hanya berbaki 6 perlawanan lagi dan ketinggalan 2 mata dengan Man City.

Liverpool gagal menang dalam 3 perlawanan terakhir selepas seri dengan United, tewas dengan Atalanta dalam aksi Europa League dan juga tewas dengan Crystal Palace di Anfield.

Semangat juang Liverpool dihakis apabila United tewaskan Liverpool dalam saingan Piala FA bulan lalu yang terus menguburkan impian Quadruple The Reds itu kata Klopp.

“Saya fikir masalahnya, sedikit sebanyak dan saya tidak 100 peratus pasti bahawa, cara kami menangani perlawanan United boleh membantu.
“Kami tewas dalam Piala FA dan ia seperti satu malapetaka kerana kami begitu handal tapi akhirnya tetap tewas juga.
“Kemudian kami seri di sana tetapi ia sangat bagus untuk tempoh yang lama. Kami terpaksa akur.
“Apa pun ia bukan alasannya untuk hari ini, masalah yang kami hadapi ketika menentang United adalah berbeza sama sekali dengan perkara yang kami hadapi pada hari ini, namun jelas sekali kami menjangkakan kebangkitan.
“Kekalahan kepada United lebih daripada sekadar sebuah perlawanan. Ia tidak membantu.”
Sumber: Astro Arena

The post Klopp Percaya Seri Dengan United Punca Liverpool Hilang Momentum appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*