Konsert Alan Walker Di China Guna ‘Kerusi Kenduri’ Jadi Bualan

konsert alan walker kerusi kenduri

Konsert Alan Walker Di China Guna ‘Kerusi Kenduri’ Jadi Bualan

Topik berkenaan konsert artis EDM Norway, Alan Walker yang diadakan di Shenzhen, China menjadi bualan hangat selepas ia menggunakan kerusi plastik untuk menempatkan tempat duduk VIP di hadapan pentas.

Menjengah di ruangan Instagram Alan Walker, dia mengepilkan beberapa gambar yang menunjukkan deretan kerusi plastik sambil berdiri tersenyum gembira dan mempamerkan simbol ‘peace‘ di tangan.

“Dan tour konsert diteruskan, seterusnya di Shenzhen, China (tiket habis dijual),” memetik kapsyen yang ditulis.

Meskipun hantaran tersebut adalah untuk meraikan kegembiraan Alan Walker dalam melangsungkan tour konsert, namun ia menarik perhatian kebanyakan warga maya Indonesia berkenaan kerusi konsert itu.

BACA: Coldplay Umum Konsert Empat Malam Di Singapura

Kerusi kenduri jadi perhatian rakyat Indonesia

Rata-rata rakyat negara jiran mengambil tempat dalam memberi komen lucu di Instagram Alan Walker, yang berkait dengan kerusi plastik biasa yang biasa disediakan di kenduri kahwin, perayaan awam, mahupun kedai makan.

Sesetengah mereka yang membuat lawak tentang kerusi tersebut mengatakan peminat yang hadir perlu membawa plastik hitam yang dipenuhi dengan buah-buahan untuk menikmati konsert itu.

Kredit: Instagram Alan Walker

Berikut adalah komentar yang ditinggalkan di Instagram Alan Walker:

“Kerusi seperti kerusi kenduri plastik,” kata salah seorang komentar.

“Konsep konsert ini adalah perayaan perkahwinan,” seloroh salah seorang netizen Indonesia.

“Tidak ada kerusi yang lain ke?” persoal warga maya negara sebelah sambil meninggalkan emoji ketawa.

Sekiranya dilihat dengan teliti, komen dalam hantaran tersebut dipenuhi dengan rakyat dari negara jiran susulan mereka mendapati penggunaan kerusi plastik bagi artis antarabangsa yang terkenal adalah satu jenaka.

Hal ini kerana, kerusi tersebut biasanya digunakan dalam acara keramaian yang sering diadakan di kawasan komuniti, sebagai contoh majlis rumah terbuka dan lain-lain.

Jika ia digunakan buat kenduri kahwin, kerusi itu akan disarungkan dengan kain untuk membuatkan ia kelihatan lebih eksklusif, kemas dan teratur.

Pun begitu, terdapat juga peminat Indonesia yang mula bertanya tentang tarikh konsert Alan Walker ke negara mereka kerana mahu dengarkan lagunya secara langsung.

Terdahulu, konsert Alan Walker di Shenzhen telah diadakan pada 3 Disember lalu dengan meriah dipenuhi peminat di Stadium Baoan.

Sumber: alanwalkermusic/Instagram

The post Konsert Alan Walker Di China Guna ‘Kerusi Kenduri’ Jadi Bualan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*