Kontinjen Bomba Raih Perhatian lagi, Bawa Ular Sawa Besar Sertai Perbarisan

Bomba bawa ular sawa

Kontinjen Bomba Raih Perhatian lagi, Bawa Ular Sawa Besar Sertai Perbarisan

Sambutan Hari Kebangsaan di dataran Putrajaya pada hari ini jelas menunjukkan kemeriahan kehadiran para pengunjung dan para peserta perbarisan.

Perarakan masuk kontinjen sudah pasti menjadi acara yang paling ditunggu-tunggu oleh pengunjung yang hadir.

Kontinjen bukan sahaja melibatkan badan beruniform, malah ia juga melibatkan beberapa syarikat yang berada di Malaysia.

Jika terdahulu, kontinjen bomba pernah menjadi bualan hangat kerana kelibat pegawai berbadan sado yang menyertai acara perbarisan tersebut.

Bagi perbarisan kali ini, kontinjen bomba sekali lagi berjaya mencuri tumpuan. Namun begitu, tumpuan bukan sahaja terarah kepada abang-abang sadoh, akan tetapi ia terarah kepada seekor ular sawa batik albino besar yang dibawa bersama.

Ular dipegang oleh tiga orang anggota bomba

Bahagian kepala ular itu dapat dilihat diletak di atas belakang tengkuk seorang anggota bomba wanita sambil separuh badannya lagi dipegang oleh beberapa anggota lain.

Anggota yang memegang ular itu dilihat berdiri di atas jentera pemadam api sambil diiringi anggota bomba yang lain.

Dalam perbarisan kontinjen bomba itu lagi, anggota bomba berbadan sado turut tidak ketinggalan selepas mereka sekali lagi turut terlibat dalam perbarisan kali ini.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ā€˜Meet & Greetā€™ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Selain itu, perbarisan kontinjen bomba pada tahun ini juga telah disertai oleh beberapa selebriti. Antaranya ialah Hawa Rizwana, Shashic Iewan dan ramai lagi.

Hawa yang memakai t-shirt berlogo bomba dilihat tersenyum di atas jentera pemadam api. Beliau juga dilihat mengangkat tabik hormat kepada pengunjung dan tetamu yang hadir.

Sumber: X/RTM Malaysia

The post Kontinjen Bomba Raih Perhatian lagi, Bawa Ular Sawa Besar Sertai Perbarisan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*