Manis Dan Lembut, Ini Resipi Puding Jagung Kastard

resipi puding jagung kastard

Manis Dan Lembut, Ini Resipi Puding Jagung Kastard

Jagung antara buah yang digemari oleh kebanyakan orang khususnya penduduk di Malaysia. Warnanya yang kuning seperti keemasan sememangnya menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Ia juga mudah didapati terutamanya di bahu-bahu jalan kerana kebiasaannya petani atau pemilik ladang jagung menjual terus dari ladang.

Jadi, tidak hairan mengapa terdapat banyak jagung ditanam oleh petani dengan pelbagai jenis di negara kita.

Menariknya mengenai jagung ini adalah ia boleh dihidangkan dalam pelbagai menu seperti bubur, cucur, bertih jagung, nasi goreng jagung, kek, roti dan bermacam-macam lagi.

Bahkan jagung juga boleh direbus dan dimakan begitu sahaja. Rasanya juga amat sedap dan mudah terima umum.

Selain itu, antara resipi yang mudah dan sangat disukai ramai berasaskan jagung ini adalah resipi puding jagung.

Puding ini biasanya dijadikan pencuci mulut, rasanya yang manis dan lembut mudah memikat hati sesiapa sahaja.

Ia juga sedap dinikmati pada waktu petang ketika meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan dihidangkan bersama air teh o panas.

Jadi, hari ini SK akan kongsikan tip untuk membuat resipi puding jagung kastard, yang pasti akan teringat-ingat apabila mencubanya sekali.

Cara untuk membuatnya sangat mudah selain bahan-bahan yang digunakan juga sedikit dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian Solehah Wahab di bawah.

BACA: Kos Tak Sampai RM600, Lelaki Kongsi Cara Naik Kereta Api Pergi China Dari Perlis

Puding Jagung Kastard

Bahan-bahan

Gambar: Solehah Wahab

1 tin jagung manis cream style

1/2 tin susu pekat manis

2 1/2 tin air

1 tin tepung kastard

(Guna tin yang sama, saya guna tin jagung manis untuk semua sukatan)

Cara penyediaan

Gambar: Solehah Wahab

Pertama, campur semua bahan, buka api dan kacau-kacau sampai pekat.

Kedua, masukkan adunan ke dalam bekas dan sejukkan.

Ketiga, siap untuk dihidangkan.

resipi puding jagung kastard
Gambar: Solehah Wahab

Semoga bermanfaat.

Sumber: Solehah Wahab

BACA JUGA: Selalu “Park” Kereta Bawah Cahaya Matahari? Ni Cara Sejukkan Kereta Dengan Cepat

The post Manis Dan Lembut, Ini Resipi Puding Jagung Kastard appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*