Lari Arah Berlawanan & Menang, Pelari Cilik Pandai ‘Perdaya’ Lawan Buat Ramai Terhibur

pelari cilik perdaya lawan menang

Lari Arah Berlawanan & Menang, Pelari Cilik Pandai ‘Perdaya’ Lawan Buat Ramai Terhibur

Di sekolah, hari sukan merupakan acara tahunan yang menggamit pelbagai memori. Kebiasaannya, ia merupakan hari di mana pelajar-pelajar mengambil bahagian dengan mewakili rumah sukan masing-masing.

Pada hari sukan, pelbagai acara dipertandingkan seperti lompat tinggi, lontar peluru dan termasuklah acara lumba lari.

Setiap acara yang dipertandingkan menawarkan hadiah dan pingat. Perkara ini secara tidak langsung membakar lagi semangat para peserta.

Bagi acara lumba lari, acara ini terdapat dalam pelbagai variasi larian seperti 100 meter, 200 meter, 400 meter, 800 meter, 4×100 meter, 4×200 meter, dan banyak lagi.

Pelari Cilik Perdaya Lawan Sebelum Menang Larian

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan acara sukan yang dipercayai berlangsung di sebuah kompleks sukan. Suasana dipenuhi lautan penyokong di bahagian tempat duduk penonton.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @peeksby.min, terlihat gelagat tidak terjangka seorang pelajar ketika acara larian.

“Bila kau dah last, tapi masih mampu memperdayakan lawan dan menang,” tulis kapsyen dalam video berkenaan.

Ketika itu, para pelari sedang berlari untuk memberikan baton kepada pelari terakhir.

Menariknya, sewaktu pertukaran baton tersebut salah seorang pelari (dipercayai rumah biru) berlari ke arah berlawanan sementara yang lain pantas menuju ke arah garisan penamat.

Bijak Perdaya Lawan

Walau bagaimanapun, para peserta lain turut ‘berpatah balik’ berlari ke arah berlawanan setelah menyedari salah seorang pelari cilik itu berlari ke arah belakang.

BACA JUGA: Pelajar & Guru Di Jepun Kerumun, Lindung Pelajar Muslim Pengsan Ketika Bersukan

Peserta dari rumah itu bagaimanapun kembali berlari menuju garisan penamat setelah diberitahu petugas berdekatan (dipercayai guru).

Susulan itu, pelari cilik yang memakai baju berwarna biru itu berjaya menamatkan larian di tempat pertama selepas melangkah melepasi garisan penamat. Manakala pelari lain kembali berlari menuju ke garisan penamat semula.

Reaksi Netizen 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pelari cilik meskipun pada awalnya seolah-olah bakal meraih tempat terakhir dalam acara itu.

Tambahan lagi, sebahagian warganet terhibur dengan teknik yang digunakan oleh pelajar tersebut.

pelari cilik perdaya lawan menang

Untuk makluman, video tersebut mendapat lebih 1.9 juta tontonan, lebih 70,000 ribu tanda ‘Suka’ dan lebih 3,000 komen.

Sumber: TikTok @peeksby.min

The post Lari Arah Berlawanan & Menang, Pelari Cilik Pandai ‘Perdaya’ Lawan Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*