Lebih 120 Juta Tontonan, Ramai Terpesona Lihat Kemunculan Fenomena ‘Pelangi Api’

fenomena 'pelangi api'

Lebih 120 Juta Tontonan, Ramai Terpesona Lihat Kemunculan Fenomena ‘Pelangi Api’

Langit sememangnya bagaikan hamparan tikar yang dipenuhi dengan gula-gula kapas. Kapas yang dimaksudkan adalah awan.

Dari masa ke semasa gumpulan awan sentiasa berubah bentuk ekoran pembawaan angin. Sejak kecil kita sering melihat awan ini dalam pelbagai bentuk seperti haiwan, tumbuhan dan kadangkala seperti rupa paras manusia.

Bukan sahaja itu, ciptaan tuhan ini juga dapat memukau orang ramai lebih-lebih lagi ketika matahari terbenam.

Penampakan Awan Pelangi

Baru-baru ini, tular satu video oleh @jeluko_o di aplikasi TikTok memaparkan satu fenomena awan yang jarang dilihat seperti kebiasaannya. Ia dipercayai berlaku di China.

Klip berdurasi 7 saat itu berjaya merakam seperti serakan cahaya pelangi di balik awan. Menariknya ia kelihatan seperti tumpahan minyak warna pada langit. Sewaktu di zoom in percampuran warna itu jelas kelihatan.

Difahamkan, fenomena tersebut dinamakan sebagai Pelangi Api atau Awan Berwarna-Warni.

Komen Netizen

Sebahagian ramai warganet menyatakan ketidakpercayaan mereka dengan apa yang sedang ditonton.

Rata-rata mereka juga saling menanyakan soalan antara satu sama lain di ruang komen berhubung fenomena alam tersebut.

penampakan awan pelangi

penampakan awan pelangi

penampakan awan pelangi

Untuk makluman, video ini mendapat tontonan yang sangat luar biasa dengan lebih 126 juta tontonan, lebih 25 juta tanda ‘Suka’ dan lebih 100,000 komen oleh warga maya.

@juleko_o

中国云彩中的彩虹 #china #fyp

♬ original sound – Stay a while…

Awan Berwarna-Warni

Menurut National Geographic, awan berwarna-warni (Iridescent clouds) atau lebih dikenali sebagai ‘Pelangi Api’ atau ‘Awan Pelangi’ sering berlaku apabila cahaya matahari membelah titisan air di atmosfera.

Oleh itu, ia menghasilkan pemandangan indah seperti klip rakaman di atas.

Seperti pelangi api yang biasa berlaku, awan berwarna-warni ini biasanya mengiringi awan ribut petir

BACA JUGA: Bentuk Unik Seakan UFO, Kenali Awan Lentikular & Bagaimana Ia Terbentuk

Menurut pakar fenomena atmosfera Les Cowley, pelangi api sering muncul pada lewat petang, pada hari yang sangat panas dan lembap.

Fenomena ini berpunca daripada fakta bahawa kebanyakan awan pelangi terbentuk di atas awan kumulus.

Pembentukan Awan Pelangi

Sementara itu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berkata, fenomena ini berlaku disebabkan titisan air dari awan yang hampir seragam.

Perkara ini menyebabkan berlakunya pembiasan cahaya. Pembiasan tersebut membuatkan warna cahaya terpisah kepada satu gelombang atau warna yang berbeza.

Pembentukan pelangi api disebabkan cahaya yang melalui awan sirus (cirrus) pada altitud tinggi dan tipis.

Pelangi api hanya berlaku sewaktu matahari berada tinggi di langit, melebihi 58 darjah di atas ufuk.

Sewaktu cahaya matahari secara menegak terkena hablur ais yang membentuk awan sirus, ia secara lurus membias ke bawah dengan cara yang sama seperti cahaya prisma.

Fenomena ini juga serupa dengan pelangi yang biasa kelihatan. Yang membezakan pelangi api dengan pelangi biasa ialah bentuk udara ditolak lebih ke atas dengan lebih pantas.

Sumber: TikTok @Juleko_o, National Geographic, Live Science, How it Works

The post Lebih 120 Juta Tontonan, Ramai Terpesona Lihat Kemunculan Fenomena ‘Pelangi Api’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*