Lelaki Cederakan Ibu Bapa Sebab Tak Bagi Wang Belanja Untuk Kahwin

Lelaki Cederakan Ibu Bapa

Seorang lelaki sanggup cederakan kedua ibu bapa dan adiknya berikutan mereka tidak mahu memberikan wang perbelanjaan untuk berkahwin dalam kejadian yang berlaku di Indonesia, lapor AcehOnline.

Suspek, 32 tahun yang bekerja sebagai pemotong ayam telah meminta wang sebanyak RM1,500 (Rp 5 juta) namun permintaan tersebut tidak ditunaikan oleh bapanya di Lampoh Krueng, Daerah Kota Sigli.

Akibatnya, suspek (lelaki) naik berang dan mengambil parang untuk mencederakan adiknya.

Justeru, ibu bapanya berusaha untuk meleraikan pergaduhan tersebut kerana secara tidak langsung ia telah membahayakan keselamatan dan nyawa mereka.

Disebabkan kejadian itu, ibu bapa serta adiknya mengalami kecederaan akibat terkena senjata tajam yang digunakannya.

Selepas kejadian itu, kesemua mangsa dikejarkan ke hospital awam di Daerah Pidie serta disahkan cedera pada bahagian tangan dan kaki.

Sehingga kini, mereka masih dalam rawatan perubatan di hospital berkenaan.

Menurut Ketua Polis Pidie, AKBP Imam Asfali berkata, “Melihat suspek cuba mencederakan adiknya, ibu dan bapanya turut campur tangan dalam meleraikan pergaduhan tersebut.”

Lelaki Cederakan Ibu Bapa
Kredit: AcehOnline

Anggota Polis Pidie, KBO Ipda Hermawan dengan bantuan Polis Daerah Sigli bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas leporan diterima.

Sampai sahaja di tempat kejadian, suspek dikatakan telah mengurungkan diri menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke dalam rumah.

Namun, suspek berjaya melarikan diri melalui pintu belakang rumah dengan membawa parang.

“Kami mengejarnya, tetapi suspek berjaya melarikan diri. Disebabkan suspek membawa senjata (parang) kami berhenti untuk mengejarnya sementara waktu,” jelas Imam.

Tidak hanya itu, kejadian itu turut menarik simpati penduduk tempatan. Selain daripada membantu menyelamatkan mangsa, penduduk juga turut membantu pihak polis untuk mengejar suspek.

“Kami menggesa suspek untuk menyerah diri. Jika ada penduduk tempatan yang melihat atau tahu keberadaannya boleh hubungi balai polis yang terdekat,” tambah Imam.

Sumber: AcehOnline

The post Lelaki Cederakan Ibu Bapa Sebab Tak Bagi Wang Belanja Untuk Kahwin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*