Lelaki Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Myvi Yang Berkunci

lelaki bernyawa myvi

Lelaki Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Myvi Yang Berkunci

Seorang lelaki ditemui tidak bernyawa dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berkunci di Taman Rapat Indah, Ipoh Perak.

Menurut Sinar Harian, penemuan mayat berkenaan dibuat pada tengah malam tadi.

Dalam pada itu, kejadian itu turut disahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad.

Menurut Sabarodzi, pihaknya telah bertindak selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 12.20 tengah malam tadi.

Susulan itu, sekumpulan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh kemudiannya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa lelaki dewasa terkunci di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi.

“Mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan awal pagi Jumaat.

Tambah Sabarodzi, Komander Operasi kemudiannya telah melakukan ‘size up’ dan mengarahkan anggota untuk membuka pintu kereta itu menggunakan peralatan khas.

Katanya lagi, mangsa sempat diberikan rawatan awal oleh pihak KKM yang berada di lokasi kejadian lalu diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Ahmad Termizi Hassan itu tamat pada jam 1.13 pagi.

Meninggal Dalam Kereta: Wanita Dipercayai Berehat Tanpa Buka Tingkap Kereta

Terdahulu, seorang wanita dilapor telah ditemukan maut dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir berhadapan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Mangsa dipercayai tertidur ketika menjaga bapa yang sakit di wad hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata mangsa dipercayai masuk ke dalam kereta berkenaan untuk berehat tanpa membuka cermin kereta.

Jelas Yahaya, pihaknya menerima maklumat daripada pengawal keselamatan semalam mengatakan telah ternampak seorang perempuan tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring ditempat duduk bahagian belakang kereta.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Myvi Yang Berkunci appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*