Lelaki Maut Ditembak Disahkan Ada 14 Rekod Jenayah Lampau

lelaki maut ada rekod

Lelaki Maut Ditembak Disahkan Ada 14 Rekod Jenayah Lampau

SUBANG JAYA — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lelaki yang maut ditembak dalam kejadian di Taman Puchong Prima semalam merupakan individu yang dikehendaki pihak polis dengan 14 rekod jenayah lampau, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan.

Difahamkan, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah, enam rekod kesalahan narkotik dan satu rekod dikehendaki pihak polis.

Kata beliau, dalam insiden yang berlaku di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima kira-kira jam 3.49 petang, suspek maut selepas berbalas tembakan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Subang Jaya,” jelasnya.

Oleh itu, beliau memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Mereka yang mempunyai maklumat boleh juga menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-78627222.

Rakaman Insiden Tular Di Media Sosial

Dalam pada itu,  satu rakaman video berhubung kejadian tembak tersebut yang tular di media sosial juga dikesan oleh pihak polis.

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menularkan video tersebut yang mana boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” jelasnya.

Sebelum ini, tular rakaman berdurasi 39 saat memaparkan beberapa lelaki menjerit dan kedengaran bunyi kuat dipercayai tembakan dilepaskan.

Dalam laporan Sinar semalam melaporkan seorang lelaki mati ditembak dalam satu kejadian di Puchong Prima. Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai kejadian berkenaan tidak didedahkan oleh Hussein Omar.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini dalam masa terdekat,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Sementara itu, tinjauan Bernama semalam mendapati, pasukan forensik tiba pada jam 5.30 petang bagi mengumpul bahan bukti di dalam sebuah kereta berhubung kes itu.

Mayat suspek dibawa keluar selepas kenderaan polis dilhat memasuki lokasi kejadian pada jam 6.15 petang.

BACA JUGA: Gambar Makhluk Asing ‘Dibedah’, Dikatakan ‘Diambil’ Dari Area 51

Sumber: Sinar Harian 

The post Lelaki Maut Ditembak Disahkan Ada 14 Rekod Jenayah Lampau appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*